Lokasi Pejabat Maya di Malaysia & Singapura

Anda diberikan akses ke 150+ lokasi di seluruh dunia



Kuala Lumpur

yoga-360x376.jpg

Pilih dari 150+ lokasi di seluruh dunia

Soalan-soalan Lazim

Dengan Pejabat Maya Servcorp, anda boleh mendapat semuanya kecuali pejabat. Anda boleh memilih untuk bekerja dari rumah, atau dari mana-mana sahaja dan mendapatkan pasukan profesional, kemudahan dan infrastruktur sebuah syarikat multinasional, tanpa kos. Pejabat Maya Servcorp membantu anda mengurangkan kos overhed dan kos lain termasuk sewa, teknologi, serta pengambilan dan latihan kakitangan yang betul. Anda boleh memilih pakej yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Daripada Pakej Alamat yang ringkas kepada Pakej Komunikasi atau gabungan kedua-duanya pada kos yang lebih rendah - anda boleh memilih pakej yang diperlukan oleh perniagaan anda..

Learn more about Servcorp's Pejabat Maya.

Sama ada anda bekerja dari rumah - atau dari mana-mana sahaja, nilai Pejabat Maya Servcorp tinggi tidak terukur untuk perniagaan anda. Ia pada asasnya memberi anda segala-galanya kecuali ruang pejabat fizikal. Anda boleh mendapat manfaat seperti alamat perniagaan dan infrastruktur pejabat yang mantap tanpa kos berlebihan untuk menubuhkan pejabat anda sendiri.

Pejabat Maya Termasuk:

  • Alamat berprestij di mana-mana satu daripada 150+ lokasi kami di seluruh dunia untuk digunakan atas kad perniagaan atau laman web anda.
  • Nombor telefon perniagaan tempatan yang dijawab menggunakan nama syarikat anda dan dipindahkan ke rumah, telefon bimbit atau mel suara interaktif anda
  • Penyambut tetamu khas yang menguruskan panggilan anda di lokasi pilihan anda
  • Pengendalian mel dan kurier
  • Akses ke bilik lembaga, bilik mesyuarat dan pejabat harian di seluruh dunia selama 10 minit atau sepanjang hari
  • Akses ke ruang kerja bersama Servcorp yang canggih dengan pemandangan hebat, Wi-Fi yang pantas & selamat serta kopi yang sedap, selama 3 jam sehari.
  • Bertemu dan bekerja dengan orang yang berfikiran sama dan menghadiri acara rangkaian percuma
  • Sistem tempahan dalam talian segera dalam Servcorp Home memastikan tempahan dibuat dengan mudah, cepat dan selamat

Ya. Jika anda mendaftar untuk Pakej Pejabat Maya atau Pakej Alamat anda boleh menggunakan alamat kami yang bertaraf 5 bintang untuk tujuan bahan perniagaan, pendaftaran perniagaan, kad perniagaan dan/atau alamat surat-menyurat selepas permohonan anda diterima.

Ya. Pelanggan dengan Pakej Pejabat Maya boleh menggunakan ruang kerja bersama kami di seluruh dunia selama 3 jam sehari, manakala pelanggan dengan Pakej Alamat boleh menggunakannya selama 1 jam sehari.

Pelanggan boleh menggunakan Wi-Fi yang pantas dan selamat dengan kabel gentian optik yang bersambung ke ISP dan pengasingan hos yang canggih. Kami telah melabur banyak dalam kelajuan dan keselamatan serta menawarkan dua pilihan Wi-Fi. Wi-Fi Percuma kami berfungsi dengan lebih baik dan lebih pantas daripada standard industri dan dilindungi oleh kata laluan yang dikongsi. Pilihan Wi-Fi Selamat kami dijamin dengan log masuk & kata laluan unik anda sendiri, sepantas kilat dan mempunyai teknologi penyulitan AES standard industri tertinggi untuk menjamin pengalaman Internet yang selamat. Anda hanya perlu membuat bayaran bulanan yang minimum untuk menikmati keselamatan dan kelajuan yang lebih pantas.

Tiada kos tersembunyi. Anda cuma perlu membayar satu kos tetap: yuran keahlian Pejabat Maya bulanan anda. Untuk perkhidmatan tambahan, Servcorp hanya akan mengenakan caj mengikut penggunaan. Pada asasnya, anda membayar sebanyak mana yang anda gunakan sahaja.

Deposit sekuriti tidak diperlukan jika anda membayar dengan kad kredit.

Satu bulan. Langganan Pejabat Maya Servcorp adalah berdasarkan komitmen bulanan, atau anda boleh memilih komitmen selama 12 bulan pada harga diskaun.

Anda tidak akan percaya betapa mudahnya untuk mendaftar! Anda hanya perlu memilih pakej dan lokasi pilihan anda, masukkan butiran kad kredit anda dan anda boleh mula beroperasi sepenuhnya dalam masa kurang daripada 5 minit! Sebagai alternatif, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan kami boleh membantu anda menjalani prosedur tersebut.

Dua dokumen pengenalan diri rasmi dan sah dengan gambar, nama penuh, alamat dan tarikh lahir yang dikeluarkan oleh pejabat awam yang diiktiraf (lesen memandu, pasport, dan kad pemastautin bagi penduduk asing) hendaklah dikemukakan. Bagi syarikat, dokumen pendaftaran syarikat (kurang dari 3 bulan) juga mesti disediakan. Senarai dokumentasi yang diperlukan akan diberikan semasa anda mendaftar.

Ia bergantung kepada tempoh kontrak.

Bagi keahlian bulanan, kami memerlukan notis pemberitahuan sekurang-kurangnya satu bulan kalendar penuh. Jika anda memberi notis dalam tempoh sebulan, pembatalan anda akan berkuat kuasa pada hari terakhir bulan berikutnya.

Bagi kontrak tempoh tetap 12 bulan, anda perlu memberikan notis pemberitahuan sekurang-kurangnya satu bulan kalendar penuh sebelum tarikh tamat kontrak. Jika notis anda lebih pendek daripada satu bulan sebelum tarikh tamat – kontrak akan dibatalkan pada hari terakhir bulan selepas tarikh tamat.