Terma dan Syarat

Selamat datang ke www.servcorp.com.my

Laman web Servcorp dimiliki dan dikendalikan oleh Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D.

ABN 97 089 222 506

 

- Dikemas kini Julai 2016 -

Terma dan syarat penggunaan

Anda bersetuju bahawa akses dan penggunaan laman web ini  tertakluk kepada Terma dan SyaratDasar Privasi, Keselamatan Pembelian, Produk dan Penjagaan Pelanggan Servcorp berikut di laman web ini. Dengan memasuki laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan peraturan ini dan sebarang notis lain yang diterima oleh anda di laman web ini. Dengan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang terkandung dalam laman web ini.

 

Hak Cipta

Bahan di laman web adalah hak cipta © 2016 Servcorp.

Semakan ke atas Terma

Terma dan syarat ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, perubahan tersebut berkuat kuasa apabila disiarkan di laman web ini. Penggunaan berterusan laman web ini selepas sebarang perubahan tersebut akan menunjukkan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.

Dasar Bulan Pertama Percuma

Promosi 'Percuma pada Bulan Pertama' Pejabat Maya Servcorp memerlukan bayaran Yuran Tetapan (Setup Fee) dan/atau pengumpulan maklumat pembayaran semasa pendaftaran. Dengan mendaftar untuk tawaran istimewa ini, anda bersetuju untuk menerima terma dan syarat perdagangan kami dan memahami dasar privasi kami.

 

Mata Wang

Semua harga dikenakan dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Kami menerima kad kredit MasterCard, Visa, dan AMEX untuk transaksi dalam talian di bawah gerbang pembayaran yang selamat.

Sebarang transaksi yang dibayar dengan kad kredit dalam mata wang antarabangsa, institusi kewangan pengeluar kad akan menentukan kadar penukaran mata wang kepada MYR secara automatik dan mengenakan sebarang caj tambahan kepada pelanggan.

  

Hubungi Kami

Servcorp mengalu-alukan komen anda mengenai Terma dan Syarat Laman Web kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai terma dan syarat kami dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui mana-mana cara berikut semasa waktu perniagaan Isnin hingga Jumaat.

Telefon: +603 2169 6199

Pos Surat: Tajuk: Terma dan Syarat Laman Web

Servcorp
Tingkat 33, Menara Ilham
No. 8, Jalan Binjai
Kuala Lumpur 50450

Email: marketing.malaysia@servcorp.com.my