Terma dan Syarat | Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

Terma Dan Syarat

Mengenai Laman Web:

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Servcorp Limited ('Servcorp') dengan  nama domain www.servcorp.com.my ('Website') dan beroperasi dalam Jaringan Sejagat ('WWW').
Bahan-bahan di Laman Web ini adalah hak cipta © 2012 Servcorp Limited.

Dengan menggunakan Laman Web ini, dan pertimbangan kami untuk memberi akses kepada anda  pada Bahan-bahan dalam Laman Web ini, anda ('Anda' dan 'Pengguna') telah bersetuju mematuhi terma dan syarat yang berikut ('Terma dan Syarat Penggunaan'):

Terma dan syarat penggunaan

1. Penggunaan Laman Web dan Bahan-bahan Servcorp

  • Maklumat, grafik, bahan-bahan, kandungan dan semua kerja ('Bahan-bahan' bertujuan untuk meringkaskan perkhidmatan-perkhidmatan dan perkara am untuk semua pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan Servcorp).
  • Internet bukanlah satu medium yang selamat untuk komunikasi melalui Laman Web ia  mungkin akan dipintas atau diubah semasa transit. Kami tidak menjamin Laman Web  atau data ini selamat daripada apa-apa yang mungkin akan merosakkan komputer yang digunakan mengakses Laman Web atau data dalam komputer.
  • Dengan menggunakan Laman Web ini, Anda dianggap telah menerima Dasar Privasi kami yang boleh didapati di dalam Laman Web.

2. Pembatasan atas Penggunaan

Laman Web, maklumat dan kemudahan-kemudahan yang terkandung di dalamnya tidak boleh digunakan dengan tanpa menurut undang-undang, atau untuk sebarang tujuan yang haram atau melanggar hak-hak Servcorp. Servcorp berhak melarang penggunaan kekal dan/atau memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan orang-orang yang menggunakan atau cuba menggunakan Laman Web ini  untuk tujuan-tujuan yang haram, menghantar atau cuba menghantar bahan-bahan yang berunsur kesat, tidak beradab, lucah, menyakitkan hati, fitnah, kutuk, ancaman atau berorientasi seksual.

Di samping itu, anda tidak boleh:

  • membuat pengekstrakan data (data mining) atau menjalankan carian automatik di Laman Web atau kandungan Laman Web dengan menggunakan perisian tambahan atau sebaliknya;
  • menggabungkan apa-apa kandunganya dalam Laman Web, atau Bahan-bahan termasuk bahan pengiklanan dan bahan promosi;
  • mengunakan hubungan Laman Web atau apa-apa kemudahan yang berada di laman web untuk  yang lain di internet atau menyalin laman web tanpa kebenaran bertulis terlebih terdahulu daripada kami;
  • menggunakan Laman Web atau kemudahan-kemudahan yang sedia ada dalam Laman Web untuk menfitnah, menggangu, mengancam atau menyinggung orang;
  • mengubah, menggangu operasi atau membuat pindaan yang tidak dibenarkan ke atas Laman Web atau apa-apa kandungan di dalamnya;
  • dengan sengaja menyebarkan virus, cecacing komputer atau ciri-ciri perosak ke dalam atau melalui Laman Web;
  • menggunakan Laman Web untuk menghantar pesanan-pesanan elektronik melambak kepada sesiapa atau dengan cara yang boleh menyebabkan pelanggaran Akta Spam 2003 (Cth); atau
  • menggunakan Laman Web atau kemudahan-kemudahan sedia ada dalam Laman Web ini untuk sebarang aktiviti atau menghantar ke dalam dan melalui Laman Web sebarang maklumat atau bahan (termasuk menghantar iklan-iklan), yang akan:
    • melanggar undang-undang atau peraturan-peraturan;
    • melanggar Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan;
    • melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak-hak harta intelek, hak-hak privasi atau rahsia jual beli;
    • tidak sesuai, menyinggung perasaan, tidak senonoh, berunsur ancaman, sumbang, lucah, fitnah atau rahsia;
    • adalah palsu atau mengelirukan;
    • melanggar perundangan anti-diskriminasi negeri atau Komanwel; atau
    • mengenal pasti atau digunakan untuk mengenal pasti seseorang (termasuk gambaran dalam bentuk salinan, foto atau barangan bergambar yang lain) kecuali anda telah mendapat kebenaran orang tersebut terlebih dahulu; atau
    • membenarkan atau cubaan untuk membenarkan seseorang melakuan semua perkara di atas.

Anda mengakses Laman Web di risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab untuk pematuhan dengan undang-undang bidang kuasa anda dan serta Terma dan Syarat Penggunaan ini.

3. Mengakses Laman Web Di Luar Australia

  • Kami tidak mewakili atau memberi jaminan bahawa kandungan dalam Laman Web ini  mematuhi undang-undang negara di luar Australia.  Anda menanggung risiko sendiri sekiranya anda mengakses Laman Web ini di luar Australia.

4. Harta intelek

  • Anda boleh muat turun dan mencetak senarai-senarai iklan individu dari Laman Web untuk kegunaan sendiri dan bukan komersil.  Selain daripada itu, Anda tidak boleh menggunakan, meniru, berkomunikasi, menyiarkan atau mengagihkan sebarang kandungan dalam Laman Web ini melainkan ia merupakan satu urusan yang wajar  bagi tujuan Akta Hak Cipta 1968 (Cth).
  • Anda khususnya tidak boleh meniru atau menggunakan senarai-senarai iklan dalam Laman Web untuk tujuan atau faedah komersil.

5. Liabiliti yang Terhad

  • Servcorp membolehkan Laman Web digunakan oleh Pengguna-pengguna.  Namun ia tidak memikul kewajipan terhadap Pengguna-pengguna.  Servcorp tidak membuat sebarang jaminan berkenaan kualiti, ketepatan, kesempurnaan, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan Bahan-bahan.
  • Anda harus mendapatkan nasihat guaman atau profesional sebelum bertindak atau bergantung ke atas mana-mana Bahan-bahan. Servcorp tidak menjamin atau mewakili Laman Web ini atau Kandungannya yang mungkin akan menyebabkan kerosakan ataupun ianya bebas daripada cecacing komputer atau lain-lain kecacatan dan kesilapan.
  • Di mana terdapat undang-undang yang memberi jaminan terhadap terma-terma penggunaan yang mungkin tidak dikecualikan secara sah, maka sehingga tahap maksimum yang dibenarkan oleh  undang-undang, liabiliti kami ke atas kemungkiran jaminan akan terhad kepada penawaran perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, atau bayaran kos untuk menawarkannya sekali lagi.
  • Di mana liabiliti tidak boleh dikecualikan, sebarang liabiliti yang ditanggung oleh kami berhubung dengan penggunaan Laman Web ini dan kandungannya adalah terhad kepada apa yang diperuntukkan di bawah Akta Amalan Dagangan 1974 (Cth).
  • Walau di bawah apa jua situasi, Servcorp tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang sengaja, khas atau bangkitan. Ini merangkumi kerugian akibat kehilangan perniagaan atau keuntungan lain yang berpunca daripada penggunaan atau pergantungan kepada kandungan-kandungan dalam Laman Web ini.
  • Anda harus sentiasa melindungi Servcorp dan pegawai-pegawainya, pekerja-pekerja dan ajen-ajennya ('perlindungan' daripada dan terhadap sebarang kerugian termasuk kos dan perbelanjaan guaman yang munasabah ) atau liabiliti yang dihadapi oleh mereka yang ditanggung rugi yang berpunca daripada sebarang tuntutan, dakwaan, tindakan atau prosiding oleh pihak lain terhadap mereka  di mana kerugian atau liabiliti yang wujud berpunca atau  berhubung kait  dengan pelanggaran perjanjian ini oleh Anda.

6. Hak Cipta Bahan Dalam Laman Web

  • Kecuali dinyatakan, kami mempunyai hak ke atas hak cipta semua kandungan dan reka bentuk Laman Web ini dan Bahan-bahannya.  Servcorp memiliki semua hak cipta yang seumpama atau boleh menggunakannya selaras dengan pelesenan atau undang-undang yang berkenaan.
  • Kecuali untuk tujuan-tujuan dan tertakhluk kepada syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Hak Cipta 1968 (Cth) (atau mana-mana perundangan yang berkenaan di seluruh dunia), atau seperti yang diperuntukkan dalam notis hak cipta ini, tiada apa-apa bahagian daripada Bahan-bahan ini boleh (kecuali pembingkaian, pengikisan skrin, elektronik, mekanikal, penyalinan mikro, fotokopi atau rakaman) boleh diterbitkan semula, diadaptasi, distorkan dalam sistem perolehan kembali atau dihantar melalui apa cara sekalipun atau dalam apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada Sercorp terlebih dahulu.
  • Servcorp merupakan pemilik beberapa hak cipta yang berdaftar yang boleh didapati dalam Laman Web ini. Penggunaan tanpa izin dianggap melanggar hak-hak harta intelek kami.
  • Servcorp juga mempunyai hak-hak ke atas semua Bahan-bahan dan Laman Web ini.

7. Pautan-pautan daripada Laman Web

  • Servcorp tidak memberi jaminan atau gambaran bahawa bahan atau kandungan dalam laman-laman web lain yang mana Laman Web ini turut dihubung-kait tidak melanggar hak harta intelek mana-mana individu lain di dunia ini.
  • Servcorp bukanlah dan jangan dianggap sebagai memberi kuasa membolehkan sebarang pelanggaran hak-hak harta intelek yang terkandung dalam Laman Web ini atau dalam laman-laman lain.

8. Muat turun maklumat ke Laman Web

Anda mewakili dan menjamin bahawa sebarang bahan, kandungan dan / atau maklumat yang anda berikan kepada Laman Web:

  • Anda tidak akan secara sengaja menghantar cecacing, virus atau ciri-ciri perosak ke dalam atau melalui Laman Web ini;
  • Anda diberi kuasa untuk memberi bahan dan/atau maklumat;
  • Bahan dan/atau maklumat tidak mengandungi unsur-unsur fitnah atau kepalsuan yang berniat jahat berhubung dengan mana-mana produk, perkhidmatan, individu atau perbadanan;
  • Bahan dan/atau maklumat bukanlah kelirupan  sebarang produk atau perkhidmatan dan tidak bermaksud persaingan tidak adil;
  • Bahan dan/atau maklumat tidak melanggar hak harta intelek yang termasuk tetapi tidak terhad kepada hak dagangan, cap perkhidmatan atau nama perniagaan (sama ada berdaftar atau sebaliknya), maklumat sulit dan hak cipta;
  • Bahan dan/atau maklumat tidak melanggar apa-apa perundangan atau peraturan Komanwel Australia dan Negeri New South Wales yang termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Amalan Dagangan 1974 (Cth) dan Akta Dagangan Adil 1987 (NSW) serta perundangan negeri dan kawasan yang bersamaan

9. Undang-Undang Yang Berkenaan

  • Sekiranya terdapat mana-mana bahagian Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan ini dibatalkan, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka bahagian tersebut akan dianggap terasing daripada Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan.  Bahagian yang dibatalkan itu tidak akan mempengaruhi Terma dan Syarat yang masih ada.
  • Undang-undang berkenaan penggunaan Laman Web dan Bahan-bahan ini serta pertikaian yang wujud daripada Laman Web  dan  Bahan-bahan serta Terma dan Syarat Penggunaan adalah ditadbir dan dibentuk selaras dengan undang-undang negeri New South Wales, Australia.
  • Anda bersetuju ke atas bidang kuasa eksklusif  mahkamah-mahkamah New South Wales, Australia untuk menentukan sebarang pertikaian yang wujud daripada Terma dan Syarat Penggunaan.

10. Tanggung Rugi

Melalui penggunaan Laman Web ini, anda bersetuju untuk melindungi Servcorp terhadap apa-apa tuntutan atau dakwaan yang dibuat, diancam atau bermula dan sebarang tanggung rugi, kerosakan atau perbelanjaan (termasuk kos guaman yang munasabah dalam erti kata tanggung rugi sepenuhnya) yang ditanggung atau dialami oleh Servcorp  akibat  keputusan langsung dan tidak langsung akibat:

  • anda melanggar mana-mana Terma dan Syarat Penggunaan;
  • Salah-laku yang sebenar atau dakwaan salah-laku oleh anda ke atas mana-mana undang-undang, bidang kuasa, undang-undang kecil atau kod tatakelakuan yang berpunca daripada iklan-iklan yang disiarkan di Laman Web ini;
  • apa-apa tuntutan yang berpunca daripada anda atau bagi pihak ketiga berkenaan dengan kelakuan atau kecuaian yang disebabkan oleh iklan-iklan anda yang disiarkan di Laman Web ini; atau iklan yang disiarkan atau dicadang untuk disiarkan oleh anda di Laman Web ini.

11. Umum

  • Servcorp mungkin menukar Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan atas budi bicaranya tanpa sebarang notis.  Satu versi Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan yang sedia ada dapat dibaca di Laman Web ini yang menunjukkan pertukaran yang dibuat. Penafian undang-undang ini tidak bermaksud menghadkan atau meminda mana-mana terma dan syarat dalam Laman Web ini.
  • Sekiranya terdapat mana-mana Terma dan Syarat Penggunaan ini tidak sah, tidak dapat dilaksanakan atau menyalahi undang-undang, mala terma tersebut akan dibatalkan and terma yang sedia ada terus kekal.
  • Sekiranya Servcorp tidak bertindak ke atas sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Anda kerana melanggar Terma dan Syarat Penggunaan, ini tidak boleh dianggap sebagai satu pengecualian hak Servcorp untuk bertindak ke atas kesalahan akan datang atau yang sama.
  • Dokumen ini dan mana-mana jaminan tersirat oleh undang-undang yang tidak boleh dikecualikan atau dipinda akan merangkumi keseluruhan perjanjian antara semua pihak.
  • Bayaran-bayaran yang dibuat melalui Laman Web ini adalah hanya untuk bulan pertama pembelian perkhidmatan-perkhidmatan pejabat maya.  Bagi bulan-bulan yang berikutnya, anda akan dibilkan dan dicaj berasingan.