Servcorp Onefone – Pusat Ilmu Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

APAKAH ITU SERVCORP ONEFONE?

July 2012 | Servcorp

Setaraf dengan Pejabat Perkhidmatan Servcorp di seluruh dunia, Pejabat-Pejabat Perkhidmatan Servcorp di Kuala Lumpur menawarkan rangkaian perkhidmatan sokongan yang lengkap, membolehkan anda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengendalian perniagaan tanpa perlu meluangkan masa kepada aktiviti-aktiviti sokongan seperti pengambilan, latihan atau pengurusan pekerja.  Apabila anda mendaftar sebagai pelanggan Servcorp, anda akan mempunyai akses segera kepada semua peralatan dan kemudahan sebuah pejabat biasa yang disediakan oleh pihak kami yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam perniagaan penyewaan pejabat perkhidmatan.

Di samping semua perkhidmatan sokongan yang anda akan terima sebagai pelanggan Servcorp, yang turut meliputi portfolio unggul dalam produk teknologi maklumat dan komunikasi yang boleh dinikmati, Servcorp juga mempunyai satu sistem pemilikan teknologi maklumat dan komunikasi yang dikenali sebagai Servcorp Onefone – satu rangkaian telekomunikasi global yang menjimatkan serta teknologi Suara Melalui Protokol Internet (VoIP) yang mengubah komputer, komputer riba atau notebook anda kepada sebuah telefon perniagaan.  Semua panggilan anda adalah sentiasa selamat – sistem Onefone Servcorp menggunakan Rangkaian Persendirian Maya Cisco (VPN) yang mewujudkan satu “terowong” VPN yang dikodkan agar semua perbualan dipindahkan tanpa gangguan dan tidak dicuri dengar.

Penggunaan teknologi yang dibekalkan oleh Servcorp Onefone membebaskan anda daripada kebimbangan terhadap beban kos yang tinggi seperti panggilan antarabangsa, data dan caj perayauan telefon bimbit dan seterusnya membantu menjimatkan kos dan meningkatkan keuntungan.  Kemudahan teknologi Servcorp Onefone akan membantu anda mengelakkan perbelanjaan panggilan telefon antarabangsa yang mahal dan mendatangkan penjimatan perbelanjaan sehingga sebanyak 72%!

Anda boleh terus berhubung dengan rakan kerja, pelanggan dan rakan perniagaan anda dengan nombor telefon yang sama walaupun anda berada di mana sahaja asalkan anda berada di tempat yang mempunyai kemudahan internet jalur lebar Dengan kemudahan Onefone, anda tidak perlu membekalkan pelbagai nombor telefon kepada pelanggan anda dan rakan perniagaan anda akan ingat anda sentiasa berada dalam pejabat pula!

Teknologi inovatif Servcorp Onefone yang dilancarkan dalam tahun 2009 memastikan anda sentiasa menikmati kelebihan sambungan tertutup yang selamat semasa menggunakan jalur lebar tanpa sebarang gangguan, kelambatan atau keciciran yang merupakan kelaziman dalam sambungan VoIP yang dilanggani melalui pasaran-massa.

Satu lagi kelebihan menggunakan Servcorp Onefone ialah sekiranya anda tidak dapat menjawab panggilan anda, resepsionis Servcorp boleh menjawab bagi pihak syarikat anda dan memberikan suatu  imej professional kepada perniagaan anda.


1     ** Perbandingan kos adalah berdasarkan kadar Perniagaan Telekom Malaysia pada bulan Julai 2009. Panggilan tempatan dicaj pada kadar standard, panggilan nasional akan menikmati diskaun sehingga 71%, panggilan telepon bimbit akan menikmati diskaun antara 33% dan 71%, dan panggilan luar Negara akan menikmati diskaun antara 6% dan 72% bergantung kepada destinasi panggilan.