Ingin menubuhkan perniagaan di Malaysia tetapi tidak sampai jua? Pejabat Maya Servcorp sedia berkhidmat untuk anda – Pusat Ilmu Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

INGIN MENUBUHKAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA TETAPI TIDAK SAMPAI JUA? PEJABAT MAYA SERVCORP SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

July 2012 | Servcorp

Setaraf dengan semua Pejabat Perkhidmatan Servcorp di seluruh dunia, Pejabat Perkhidmatan Servcorp di Malaysia turut menawarkan rangkaian perkhidmatan sokongan yang komprehensif. Kelebihan ini membolehkan anda menumpukan perhatian kepada pengendalian perniagaan anda tanpa perlu meluangkan masa kepada aktiviti-aktiviti sokongan seperti pengambilan, latihan atau pengurusan pekerja.  Apabila anda mendaftar sebagai pelanggan Servcorp, anda dapat menikmati perkhidmatan resepsionis yang berdedikasi serta seorang pembantu peribadi yang berbilang bahasa untuk membantu anda menyelenggarakan kerja-kerja dan tugasan anda.  Sekiranya anda tidak boleh berada di sesuatu lokasi baru, Servcorp menawarkan satu penyelesaian bijak iaitu Pejabat Maya Servcorp.  Anda boleh menubuhkan perniagaan anda di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia dengan serta merta ataupun di lebih daripada 130 alamat antarabangsa yang berprestij.  Ini tidak mustahil lagi kerana pejabat-pejabat Servcorp boleh didapati di kebanyakan bangunan komersial yang terkemuka di bandar-bandar utama dunia.

Pakej Pejabat Maya kami direka khas untuk menepati keperluan perniagaan dan belanjawan yang berbeza.  Anda boleh mendaftar dengan kami secara online sama ada untuk tempoh percubaan satu bulan atau untuk jangka masa yang lebih panjang.  Kami menyediakan beberapa pilihan pakej asas Pejabat Maya kepada pelanggan-pelanggan seperti pakej Alamat, pakej Komunikasi atau Mesyuarat mahupun pakej yang lebih komprehensif seperti pakej “Pejabat Maya”.  Sebagai pelanggan “pakej Alamat” atau “Pejabat Maya” Servcorp, anda dapat menggunakan alamat prestij perniagaan kami di dalam semua urusan surat-menyurat anda, kad nama dan alat tulis.

Melalui pakej Komunikasi Servcorp dan 'Pejabat Maya' Servcorp, anda akan diperuntukkan satu nombor telefon. Semua panggilan masuk akan dijawab di bawah nama syarikat anda dan disambungkan kepada anda di mana sahaja anda berada di dunia.  Ini dapat dilaksanakan kerana sememangnya terdapat seorang resepsionis yang terlatih ditempatkan di lokasi pilihan anda.  Ia sama sekali bukan sebuah pusat panggilan atau seorang kakitangan sementara!

Apabila anda melanggani Pejabat Maya Servcorp, kami akan menguruskan semua emel, faks dan kurier anda.  Semua faks anda akan dihantar kepada anda melalui emel dengan menggunakan Servcorp Onefax iaitu sistem faks dan emel proprietari kami.  Selaras dengan perkhidmatan yang kami sediakan untuk semua pelanggan Pejabat Perkhidmatan Servcorp, kami juga menyediakan pembantu peribadi yang berbilang bahasa kepada para pelanggan Pejabat Maya yang bersedia untuk memberi apa-apa bantuan berkenaan dengan keperluan tempatan.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Malaysia kerana ia sememangnya satu tempat berpotensi  untuk menjalankan perniagaan.  Anda akan menikmati akses kepada bilik-bilik lembaga, bilik-bilik mesyuarat dan pejabat harian di Pejabat Servcorp di Kuala Lumpur.  Dengan adanya Pejabat Maya Servcorp perniagaan anda akan dapat beroperasi dengan lebih lancar dan segera di Malaysia atau di mana-mana sahaja di dunia.  Apa lagi yang lebih mudah?