Menara Standard Chartered, Kuala Lumpur - Satu Lagi Alamat Berprestij Daripada Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

MENARA STANDARD CHARTERED, KUALA LUMPUR, MALAYSIA – SATU LAGI ALAMAT BERPRESTIJ DARIPADA SERVCORP

July 2012 | Servcorp

Pejabat-pejabat perkhidmatan Servcorp di Malaysia boleh didapati di dua lokasi di Kuala Lumpur.  Kedua-dua lokasi ini terletak di kawasan perniagaan utama di bandaraya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Ini merupakan satu perlengkapan yang sempurna sama ada untuk bekerja atau mengadakan mesyuarat.

Salah satu daripada pejabat perkhidmatan Servcorp di Kuala Lumpur terletak di Menara Standard Chartered di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur iaitu di persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan.  Bangunan komersial ini tersergam megah bersebelahan dengan Pavilion Shopping Mall iaitu sebuah pusat membeli belah yang mewah di pusat bandar.  Di samping itu, bangunan ini juga berada dalam lingkungan berjalan kaki ke hotel-hotel utama termasuk Hotel JW Marriot dan Hotel Crown Plaza.

Perjalanan ke Menara Standard Chartered dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur memakan masa lebih kurang 45-60 minit dengan teksi.  Selain daripada itu, terdapat juga stesen keretapi bandar Transit Aliran Ringan (LRT) bersebelahan dengan bangunan ini.  Semuanya terletak di tengah-tengah pusat  membeli belah di Kuala Lumpur yang selalu meriah dan dibanjiri orang ramai. Terdapat banyak restoran, kafe, pub dan bar yang berdekatan bagi mereka yang ingin beristirehat dan berseronok selepas kerja.

Jika anda ingin menyewa ruang pejabat di Menara Standard Chartered, Servcorp mempunyai pejabat perkhidmatan yang dilengkapi sepenuhnya di bangunan ini. Ia termasuk bilik-bilik mesyuarat, kemudahan persidangan serta sokongan penyelesaian IT yang termaju dan sambungan talian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Di sini, kemudahan Pejabat Maya Servcorp yang unggul juga disediakan.  Ini termasuk kelebihan memiliki satu alamat yang berprestij dan kemudahan profesional tanpa mengira pilihan anda untuk bekerja dari rumah atau lokasi lain.  Kelebihan dan manfaat pakej Pejabat Maya Servcorp adalah tidak terhingga kerana anda boleh menjimatkan kos overhed dengan serta merta dan sekaligus mampu memberi perhatian sepenuhnya terhadap perniagaan anda.

Sekiranya anda memerlukan ruang pejabat yang sebenar untuk bekerja, mengadakan mesyuarat atau menjalankan temuduga, maka pakej-pakej Mesyuarat Servcorp adalah direka khas untuk memenuhi semua keperluan anda.  Melalui sistem proprietari Servcorp Online, anda turut boleh menyemak ketersediaan dalam masa nyata dan menempah bilik mesyuarat secara online.  Tempahan anda boleh dibuat secara terus dari komputer riba atau telefon pintar.  Cubalah aplikasi iPhone percuma kami dari iTunes Store.

Waktu kami amat fleksibel.  Anda boleh menempah bilik mesyuarat atau persidangan untuk 10 minit, satu jam atau sepanjang hari.  Dengan pakej Mesyuarat kami, anda juga dapat menikmati perkhidmatan sokongan jika diperlukan seperti khidmat seorang resepsionis profesional yang berbilang bahasa atau kemudahan kesetiausahaan untuk mesyuarat anda.

Bukan sekadar itu sahaja.  Persediaan yang kami tawarkan untuk anda turut merangkumi peralatan audio visual dan persidangan video yang canggih, papan putih dan skrin projektor tarik-bawah untuk menyempurnakan mesyuarat anda.  Pada masa yang sama, kami juga memenuhi keperluan anda pada bila-bila masa dengan penyediaan kemudahan mini bar, sambungan internet jalur lebar dan sokongan IT.

Kami mengaturkan segala yang mungkin untuk memastikan anda mempunyai sebuah lokasi yang sempurna untuk mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur. Pengaturan kemudahan sebegini disediakan untuk memberikan anda ketenangan jiwa di dalam mengendalikan perniagaan anda di samping dapat mengagumkan pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan perniagaan anda.