Menara Citibank, Kuala Lumpur, Malaysia - Satu Lagi Alamat Berprestij Daripada Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

MENARA CITIBANK, KUALA LUMPUR, MALAYSIA – SATU LAGI ALAMAT BERPRESTIJ DARIPADA SERVCORP

July 2012 | Servcorp

Kedudukan strategik pejabat-pejabat perkhidmatan Servcorp di Kuala Lumpur, Malaysia menggambarkan keunikan dan kelebihan bandaraya ini.  Pejabat-pejabat Servcorp di Menara Citibank dan Menara Standard Chartered mewakili titik permulaan yang ideal untuk para eksekutif yang memerlukan satu pangkalan operasi di bandar yang mempesona ini.

Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai 'KL' kepada warga kota, merupakan sebuah bandar  metropolis di Lembah Klang yang terletak di kaki bukit Banjaran Titiwangsa.  KL merupakan sebuah bekas pekan perlombongan yang sunyi.  Nama 'Kuala Lumpur' secara amnya bermaksud 'muara sungai berlumpur' walaupun gelaran ini tidak jauh bezanya untuk menghuraikan keadaan sebenar KL sekarang; sebuah bandar kosmopolitan yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, lebuhraya lebar dan bangunan komersil yang anggun dan moden.

Pusat bandar KL mudah dikesan. Bangunan ikon Menara Berkembar Petronas yang pernah merupakan bangunan tertinggi di dunia (dari tahun 1998 hingga tahun 2004) adalah satu mercu tanda kepada pengunjung-pengunjung ke bandar ini.  Pada waktu malam, kedua-dua menara ini terang benderang menerangi kegelapan malam yang membolehkan mereka dilihat dari jauh.  Menara Berkembar Petronas masih memegang rekod sebagai menara berkembar paling tinggi pernah dibina.

Menara Citibank yang terletak berdekatan merupakan pusat kepada salah satu daripada dua buah Pejabat Perkhidmatan Servcorp di KL. Menara Citibank ialah sebuah bangunan korporat 50 tingkat yang terletak di sebalik 'Penjuru Segitiga Emas” KL, satu rujukan kepada imej kawasan ini sebagai pusat perdagangan, kewangan dan pusat membeli belah.  Pejabat Perkhidmatan Servcorp teletak di tingkat 36 Menara Citibank yang menawarkan pemandangan mempesona Menara Berkembar Petronas.  Persekitaran yang sedemikian menawan dan strategik menjadikan tempat ini paling sempurna sekali untuk mengadakan mesyuarat penting, menyegerakan perjanjian penting atau sekadar sebagai satu inspirasi untuk bekerja.

Terdapat banyak kemudahan di sini seperti stesen Sistem Transit Aliran Ringan antara bandar yang terletak dalam lingkungan lima minit perjalanan kaki.  Hotel Intercontinental yang bertaraf 5 bintang dan pusat membeli-belah mewah di Suria KLCC juga terletak berdekatan.  Sebuah bangunan bersejarah yang berhampiran ialah Kelab Diraja Selangor yang menempatkan sebuah padang golf 45-lubang.

Pejabat Perkhidmatan Servcorp di Menara Citibank, Kuala Lumpur menawarkan kemudahan pejabat perkhidmatan, pejabat maya dan bilik mesyuarat yang boleh menampung sehingga 12 orang.  Ia dilengkapi dengan internet jalur lebar berkelajuan tinggi dari Servcorp, kemudahan IT and sistem telefon Cisco IP.   Tidak ketinggalan juga adalah sokongan efisien daripada kakitangan Servcorp yang mesra dan mahir untuk membantu menguruskan semua keperluan kerja harian anda.