Servcorp menerajui industri pejabat perkhidmatan dengan portfolio IT yang inovatif. | Pusat Ilmu | Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

SERVCORP MENERAJUI INDUSTRI PEJABAT PERKHIDMATAN DENGAN PORTFOLIO IT YANG INOVATIF

July 2012 | Servcorp

Servcorp telah menjadi satu inovator industri bidang pejabat perkhidmatan sejak penubuhannya pada tahun 1978.  Pada tahun-tahun awalan, Servcorp lebih memfokus dalam menyediakan pejabat perkhidmatan yang terbaik dan lengkap di lokasi-lokasi perniagaan yang berprestij.  Pada masa kini dengan berbekalkan produk terbaru berasaskan kemajuan terkini teknologi komunikasi internet dan pengkomputeran awan, Servcorp terus berkembang memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan di dalam menggabungkan perkhidmatan proprietari talian dan telefoni.

Antara produk yang ditawarkan termasuk :

Servcorp Online – Servis layan diri antara muka ini boleh diakses dari laman web Servcorp.  Ia membolehkan pengguna-pengguna menguruskan semua perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka sebagai pelanggan Servcorp. Sebagai contoh, mereka boleh menetapkan nombor telefon pelencongan dan mesej panggilan berjawab mereka, menempah bilik mesyuarat atau bilik lembaga, mengurus atau menukar tempahan sekiranya perlu, menguruskan servis perniagaan, menempah kurier, alatulis dan khidmat terjemahan bahkan membaca atau muat turun invois Servcorp.

Servcorp Virtual Office – Pejabat Maya Servcorp ini amat sesuai untuk mereka yang bekerja dari rumah tetapi masih memerlukan kemudahan, infrastruktur dan sokongan sebuah pejabat sebenar tanpa dibelenggui kos overhed yang tinggi.  Walaupun bekerja dari rumah, para pelanggan masih boleh menikmati perkhidmatan resepsionis yang dedikasi untuk menjawab panggilan telefon mereka di atas nama syarikat masing-masing, alamat perniagaan yang sebenar dan bilik mesyuarat jika perlu.  Servcorp Virtual Office memberi pilihan bagi pelanggan-pelanggan untuk memilih pakej yang bersesuaian dengan keperluan khusus mereka.  Ini akan membolehkan mereka beroperasi dengan sepenuhnya dalam masa 24 jam.  Kontrak bulanan yang ditawarkan memberikan faedah fleksibiliti berbanding komitmen jangka panjang.

Servcorp Onefone – Ini merupakan satu penawaran produk menarik daripada portfolio inovatif Servcorp.  Servcorp Onefone menggunakan rangkaian talian global Servcorp sendiri untuk memberikan satu alternatif yang mudah alih, selamat dan kos efektif berbanding telefon bimbit biasa.  Penggunaan teknologi VoIP yang selamat mampu menukarkan komputer riba pelanggan kepada telefon perniagaan di mana mereka boleh membuat dan menerima panggilan walau di mana jua mereka berada.  Sekiranya pelanggan tidak dapat menjawab panggilan masuk, seorang penyambut tetamu Servcorp akan menolong menjawab semua panggilan anda 24-jam sehari, 7 hari seminggu.

Aplikasi iPhone Servcorp 'Meeting' – Penawaran produk ini melambangkan satu lagi inovatif industri.  'Meetings' ialah satu aplikasi iPhone yang mudah untuk digunakan.  Ia membolehkan pelanggan menempah bilik mesyuarat atau bilik lembaga Servcorp dengan mudah melalui telefon mereka.  Pelanggan boleh memilih bilik-bilik mesyuarat atau bilik-bilik lembaga, ruang pejabat dan kemudahan-kemudahan dari lebih 120 lokasi di seluruh dunia dan membuat tempahan dengan serta merta.

Portal Servcorp Online, Servcorp Virtual Office, Servcorp Onefone dan aplikasi Servcorp Meetings ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh dinikmati di pejabat-pejabat perkhidmatan dan pejabat maya Servcorp di Menara Citibank dan Menara Standard Chartered di Kuala Lumpur dan juga di 130 lokasi seluruh dunia.