Perniagaan di Malaysia - Satu Tinjauan Umum | Pusat Ilmu | Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

PERNIAGAAN DI MALAYSIA – SATU TINJAUAN UMUM

July 2012 | Servcorp

Perniagaan kecil semakin berkembang maju di Malaysia.  Walaupun menghadapi kesan daripada krisis kewangan global pada tahun 2008, ekonomi negara ini telah bangkit semula pada tahun 2010.
Usaha kerajaan merangsangkan ekonomi dengan pelan rangsangan belanjawan adil yang disokong oleh penggunaan swasta yang aktif dan pulangan pelaburan domestik telah memberikan satu tinjauan positif bahawa ekonomi kini sememangnya penuh dengan prospek untuk perniagaan kecil.

Perkembangan ini juga banyak dibantu oleh Model Ekonomi Baru (NEM) yang dilancarkan oleh kerajaan sejajar dengan pelan lima tahun yang ke-10 (2011 – 2015).  Langkah ini bertujuan menggalakkan inovasi dan meningkatkan keuntungan pengeluaran.  Pada masa yang sama, NEM juga menjangkakan pendapatan per kapita negara turut akan berganda menjelang 2020.

Industri utama di Malaysia ialah pertanian.  Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit, koko, getah dan kayu keras tropika yang terbesar di dunia.  Ekonomi Malaysia secara khususnya berdasarkan kepada pengeluaran bahan mentah untuk industri seperti minyak dan gas, getah, tembaga dan bauksit.

Malaysia juga merupakan penggalak untuk industri berteknologi tinggi yang menyumbangkan lebih kurang 40% keluaran negara kasar (GDP). Negara ini merupakan salah satu daripada pengeluar semi-konduktor, barangan elektrik dan peralatan rumah yang terbesar di dunia. Selain daripada itu, Malaysia juga sedang berkembang sebagai salah satu pemaju dan pelopor perisian komputer yang bakal menarik pelaburan asing ke sektor ini.

Eksport penting lain ialah minyak galian, peralatan elektrik dan elektronik, minyak sayuran, jentera, besi dan keluli.

Sektor pelancongan juga merupakan salah satu penyumbang utama kepada GDP Malaysia.  Negara ini ialah destinasi pelancongan yang paling popular di Asia Tenggara.  Taraf hidup di Malaysia tinggi dan kadar pekerjaan juga rendah. Faktor-faktor positif ini disokong dengan sikap terbuka terhadap perdagangan antarabangsa serta imbangan perdagangan yang sihat menjadikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan kepada imbangan perdagangan memandangkan peratus kejatuhan kadar import melebihi eksport.  Malaysia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang amat sesuai untuk memulakan perniagaan kecil.  Perdagangan asing membentuk lebih daripada dua kali ganda keluaran negara kasar.  Rakan dagangan terbesarnya ialah Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan Kesatuan Eropah.

Malaysia juga mempunyai program visa tempoh panjang yang menarik yang digelar 'Malaysia My Second Home' (MM2H) untuk individu yang memenuhi kriteria tertentu.  Visa ini sah laku untuk sepuluh tahun dan boleh diperbaharui. Pemegang visa MM2H juga boleh mendaftar satu perniagaan kecil di Malaysia di bawah kategori syarikat sendirian berhad.  Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan kecil anda di Malaysia, Servcorp berbangga dapat membantu anda. Pejabat-pejabat  Perkhidmatan Servcorp di dua lokasi di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dapat menjadi pilihan ideal untuk menguruskan perniagaan anda.  Semuanya dilengkapkan dengan teknologi terkini berserta kemudahan pentadbiran dan kesetiausahaan yang lengkap. Servcorp bersedia membantu anda merealisasikan idea untuk menubuhkan perniagaan di Malaysia menjadi satu kenyataan.