News 2012 | Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

  • PERNIAGAAN DI MALAYSIA - SATU TINJAUAN UMUM

    July 2012 | Servcorp

    Perniagaan kecil semakin berkembang maju di Malaysia.  Walaupun menghadapi kesan daripada krisis kewangan global pada tahun 2008, ekonomi negara ini telah bangkit semula pada tahun 2010.
    Usaha kerajaan merangsangkan ekonomi dengan pelan rangsangan belanjawan adil yang disokong oleh penggunaan swasta yang aktif dan pulangan pelaburan domestik telah memberikan satu tinjauan positif bahawa ekonomi kini sememangnya penuh dengan prospek untuk perniagaan kecil.

    BACA ARTIKEL »
  • MALAYSIA - PUSAT PERNIAGAAN DAN KEKELUARGAAN

    July 2012 | Servcorp

    Bagi syarikat-syarikat antarabangsa yang ingin menceburkan diri dalam pasaran Asia, Malaysia bukanlah satu destinasi yang asing. Negara Asia Tenggara ini merupakan satu tempat yang menarik untuk menetap dan berniaga kerana ia kaya dengan pelbagai sumber alam semula jadi, kos sara hidup yang munasabah serta budaya korporat yang mantap.  Bagi seseorang eksekutif, pemindahan ke sebuah negara baru mendatangkan pelbagai cabaran kepada beliau serta seisi keluarganya untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru. Mutu persekolahan dan taraf pendidikan negara yang baru turut menjadi pertimbangan utama.

    BACA ARTIKEL »
  • APAKAH ITU SERVCORP ONEFONE?

    July 2012 | Servcorp

    Setaraf dengan Pejabat Perkhidmatan Servcorp di seluruh dunia, Pejabat-Pejabat Perkhidmatan Servcorp di Kuala Lumpur menawarkan rangkaian perkhidmatan sokongan yang lengkap, membolehkan anda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengendalian perniagaan tanpa perlu meluangkan masa kepada aktiviti-aktiviti sokongan seperti pengambilan, latihan atau pengurusan pekerja.  Apabila anda mendaftar sebagai pelanggan Servcorp, anda akan mempunyai akses segera kepada semua peralatan dan kemudahan sebuah pejabat biasa yang disediakan oleh pihak kami yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam perniagaan penyewaan pejabat perkhidmatan.

    BACA ARTIKEL »
  • MENARA STANDARD CHARTERED, KUALA LUMPUR, MALAYSIA - SATU LAGI ALAMAT BERPRESTIJ DARIPADA SERVCORP

    July 2012 | Servcorp

    Salah satu daripada pejabat perkhidmatan Servcorp di Kuala Lumpur terletak di Menara Standard Chartered di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur iaitu di persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan.  Bangunan komersial ini tersergam megah bersebelahan dengan Pavilion Shopping Mall iaitu sebuah pusat membeli belah yang mewah di pusat bandar.  Di samping itu, bangunan ini juga berada dalam lingkungan berjalan kaki ke hotel-hotel utama termasuk Hotel JW Marriot dan Hotel Crown Plaza.

    BACA ARTIKEL »
  • MENARA CITIBANK, KUALA LUMPUR, MALAYSIA - SATU LAGI ALAMAT BERPRESTIJ DARIPADA SERVCORP

    July 2012 | Servcorp

    Kedudukan strategik pejabat-pejabat perkhidmatan Servcorp di Kuala Lumpur, Malaysia menggambarkan keunikan dan kelebihan bandaraya ini.  Pejabat-pejabat Servcorp di Menara Citibank dan Menara Standard Chartered mewakili titik permulaan yang ideal untuk para eksekutif yang memerlukan satu pangkalan operasi di bandar yang mempesona ini.

    BACA ARTIKEL »
  • INGIN MENUBUHKAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA TETAPI TIDAK SAMPAI JUA? PEJABAT MAYA SERVCORP SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

    July 2012 | Servcorp

    Setaraf dengan semua Pejabat Perkhidmatan Servcorp di seluruh dunia, Pejabat Perkhidmatan Servcorp di Malaysia turut menawarkan rangkaian perkhidmatan sokongan yang komprehensif. Kelebihan ini membolehkan anda menumpukan perhatian kepada pengendalian perniagaan anda tanpa perlu meluangkan masa kepada aktiviti-aktiviti sokongan seperti pengambilan, latihan atau pengurusan pekerja.  Apabila anda mendaftar sebagai pelanggan Servcorp, anda dapat menikmati perkhidmatan resepsionis yang berdedikasi serta seorang pembantu peribadi yang berbilang bahasa untuk membantu anda menyelenggarakan kerja-kerja dan tugasan anda.  Sekiranya anda tidak boleh berada di sesuatu lokasi baru, Servcorp menawarkan satu penyelesaian bijak iaitu Pejabat Maya Servcorp.  Anda boleh menubuhkan perniagaan anda di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia dengan serta merta ataupun di lebih daripada 130 alamat antarabangsa yang berprestij.  Ini tidak mustahil lagi kerana pejabat-pejabat Servcorp boleh didapati di kebanyakan bangunan komersial yang terkemuka di bandar-bandar utama dunia.

    BACA ARTIKEL »
  • SERVCORP MENERAJUI INDUSTRI PEJABAT PERKHIDMATAN DENGAN PORTFOLIO IT YANG INOVATIF

    July 2012 | Servcorp

    Servcorp telah menjadi satu inovator industri bidang pejabat perkhidmatan sejak penubuhannya pada tahun 1978.  Pada tahun-tahun awalan, Servcorp lebih memfokus dalam menyediakan pejabat perkhidmatan yang terbaik dan lengkap di lokasi-lokasi perniagaan yang berprestij.  Pada masa kini dengan berbekalkan produk terbaru berasaskan kemajuan terkini teknologi komunikasi internet dan pengkomputeran awan, Servcorp terus berkembang memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan di dalam menggabungkan perkhidmatan proprietari talian dan telefoni.

    BACA ARTIKEL »