Servcorp Berjaya Mengumpul $225,000 untuk Mangsa Bencana Alam- Berita & Artikel | Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Servcorp Berjaya Mengumpul $225,000 untuk Mangsa Bencana Alam

February 2011 | Servcorp

Servcorp, pembekal pejabat perkhidmatan dan pejabat maya bertaraf antarabangsa telah berjaya mengumpul sebanyak $225,000 untuk mangsa bencana alam di Queensland.

Pengarah Eksekutif Servcorp Taine Moufarrige berkata syarikat mereka yang berdaftar dalam ASX dan berpusat di Sydney, telah menerima sumbangan lebih daripada $ 100,000 daripada para pelanggan dan kakitangan dari seluruh dunia, termasuk Jepun dan Asia Tenggara, untuk didermakan kepada “Premier’s Disaster Relief Appeal”.

“Kami telah memutuskan untuk memadankan sumbangan daripada pelanggan dan kakitangan kami dari seluruh dunia sehingga kami mampu mengumpul sebanyak $ 225,000 bagi tujuan amal ini, "kata Mr Moufarrige.

“Kami merasakan adalah tanggungjawab kami untuk melakukan apa yang termampu memandangkan begitu ramai penduduk Queensland telah menjadi mangsa banjir kilat dan kemudiannya Taufan Tropika Yasi.”

Servcorp telah menawarkan perkhidmatan alihan panggilan telefon dan pengendalian mesej secara percuma kepada kebanyakan para ahli perniagaan di Brisbane yang turut terjejas akibat banjir kilat bulan lepas.

Antara syarikat yang berdaftar untuk pelbagai perkhidmatan dengan Servcorp termasuklah EMC Global, Clayton UTZ, National Association Seniors, Flooddiscounts.com.au dan Riparian Plaza Building Management.

“Dengan mengaplikasikan infrastruktur IT kami yang bertaraf global, para penduduk yang perniagaannya terjejas di daerah Brisbane, akan diberi nombor telefon secara percuma, jika ada permintaan, "kata Mr Moufarrige. "Pasukan kami di Bangunan Reserve Bank di Hobart dan di Melbourne Docklands akan mengendalikan semua panggilan bagi perniagaan yang terjejas.”

Servcorp adalah pembekal penyelesaian terbaik dunia dengan penyelesaian pejabat bertaraf 5 Bintang, dan pemimpin dalam pasaran antarabangsa bagi infrastruktur IT dan komunikasi yang unggul.