Program Kesetiaan Servcorp – Berita & Artikel Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Program Kesetiaan Servcorp

November 2009 | Servcorp

Sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menawarkan lebih banyak ganjaran dalam bentuk keanjalan dan penjimatan kos kepada perniagaan kecil ke sederhana, Servcorp telah memperkenalkan Program Kesetiaan Servcorp yang baru.

Klien Servcorp Virtual Office® kini boleh memperoleh Mata Kesetiaan Servcorp sebanyak 20% daripada perbelanjaan keahlian dan perkhidmatan mereka. Mata ini akan berakru dan boleh digunakan dalam bentuk Peningkatan Maya ke pejabat khidmat atua Jeda Maya dalam kos keahliannya.

Ini bermakna bahawa perniagaan boleh menggunakan masa mereka sebagai klien Servcorp untuk membantu mereka bertindak balas dengan lebih cepat kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam perniagaan mereka. Pilihan ganjaran disasarkan kepada syarikat yang berkembang dengan pantas dan mendapati mereka mereka memerlukan ruang pejabat yang lebih luas atau penampilan profesional dalam pasaran baru. Melalui penggunaan Mata Kesetiaan Servcorp untuk mengimbangi kos sewaan, mereka mendapat peralihan yang lancar dan tanpa kos ke ruang pejabat yang baru dan perbelanjaan tambahan. Sebagai pilihan lain, klien boleh menggunakan Mata Kesetiaan Servcorp mereka untuk menghentikan sementera keahlian mereka jika mereka menghadapi masalah aliran tunai atau melalui tempoh perniagaan yang lembap. Itu adalah satu cara Servcorp membantu perniagaan mengurangkan kos untuk tempoh yang singkat tanpa menghadapi kemungkinan kehilangan alamat profesional mereka dan titik pertemuan dengan pelanggan.

Sebagai Pengarah Eksekutif Servcorp, Taine Moufarrige mengulas:
“Program Kesetiaan Servcorp yang baru dan lebih banyak ganjaran adalah sambutan kepada keperluan keanjalan yang kami sedari amat diperlukan di kalangan komuniti SME. Krisis ekonomi global telah menyebabkan peralihan ketara dalam banyak perniagaan, oleh itu tugas kami adalah menyediakan cara untuk mereka bertindak balas dengan cepat dan memastikan bahawa pejabat dan perkhidmatan sokongan mereka setara dengan keperluan perniagaan mereka. Ini mungkin bermaksud perniagaan yang berpangkalan di rumah perlu berpindah ke premis korporat semasa peningkatan perniagaan mereka; atau mungkin juga perniagaan kecil yang menghadapi masa-masa sukar memerlukan bantuan.”