Pelaburan Servcorp dalam Infrastruktur IT Berbaloi - Berita & Artikel | Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Pelaburan Servcorp dalam Infrastruktur IT Berbaloi

February 2011 | Servcorp

Servcorp, penyedia pertama perkhidmatan Pejabat Perkhidmatan dan Pejabat Maya terkemuka di dunia, telah menjadi peneraju IT berinovasi untuk berada di hadapan para pesaingnya dan kini hasil dari pelaburan $ 50 juta ditumpukan dalam rangkaian IP serata dunia terserlah.

Dari segi penyediaan solusi teknologi, kebanyakan penyedia pejabat perkhidmatan dan ruang kerja kurang memberi perhatian atau tidak menhiraukannya. Keutamaan diberikan lebih kepada margin mereka berbanding tahap perkhidmatan. Ini bermakna pelanggan mereka akhirnya terpaksa melalui masa henti dan kehilangan data dan masalah komunikasi. Ketua Pejabat Maklumat Servcorp Marcus Moufarrige mengatakan segala usaha syarikat bagi memastikan keteguhan data dan infrastruktur komunikasi berbaloi

“Servcorp dengan penuh dedikasi beserta pelaburan sebanyak $50 juta dalam rangkaian IP serata dunia telah menjaminkan para pelanggan 99.99 peratus masa hidup di seluruh dunia, “kata Mr Moufarrige

“Servcorp telah membuat komitment secara berterusan bagi menyediakan keterkaitan data dan suara pada tahap tertinggi untuk pelanggan kami.”

Mr Moufarrige berkata perbezaan utama antara Servcorp dan pesaingnya dari sudut teknologi adalah keputusan untuk melabur dalam platform VoIP sepuluh tahun lalu, lalu mencipta landasan untuk rangkaian komunikasi saling hubung.

“Adalah penting untuk memiliki platform teknologi yang teguh dengan kelebihan berganda bagi memastikan pelanggan kami boleh menjalankan perniagaan mereka dengan lancar. Tiada masalah jika mereka berada di mana-mana lokasi pejabat kami atau mengakses akaun Servcorp Online di mana saja, pada bila-bila masa, "katanya. "Aplikasi terbaru iPhone kami telah membuktikannya dari segi keupayaan dan fleksibiliti”

Dia mengatakan penunjuk yang jelas bagi membuktikan perkhidmatan Servcorp yang tiada tandingan itu boleh digambarkan berdasarkan insiden awal tahun baru ini dimana pergolakan politik di Thailand yang telah menyebabkan keadaan huru-hara di salah satu pusat perniagaan di bandar Bangkok.

“Semua pelanggan terpaksa meninggalkan bangunan dan berhenti bekerja apabila bangunan pejabat Servcorp terbakar, "kata Mr Moufarrige

Kawasan terbabit telah ditutup kepada pelanggan untuk jangka masa yang agak lama dan antara cabaran yang terpaksa diharungi adalah para pelanggan ingin meneruskan operasi perniagaan mereka tanpa tapak ketersediaan.

“Masalah tersebut telah diatasi dengan perlaksanaan infrastruktur komunikasi Servcorp dengan pengawalan sistem secara jarak jauh dan memindahkan semua panggilan ke Singapura. Semua panggilan pelanggan dijawab seolah-olah perniagaan berjalan seperti sedia kala.

Teknologi kami telah mampu mengalihkan semua panggilan ke Singapura dan kami telah menghantar resepsionis kami ke sana supaya dia boleh menguruskan panggilan dari Thailand. Pelanggan kami menikmati manfaat untuk terus beroperasi walaupun pergolakan terus berlaku di Bangkok.”

Mr Moufarrige mengatakan Servcorp juga telah membuat komitmen untuk menyediakan sambungan internet yang pantas di semua lokasi dengan membeli tahap perkhidmatan tingkat pertama.

Peraturan kami adalah untuk terus menggunakan pembekal tahap pertama kerana risiko yang minima dan kita tahu bahawa di mana jua berada, kita akan mendapat prestasi terbaik dari negara tersebut, "katanya.