Bagaimana mengatasi syarikat-syarikat utama – Pusat Ilmu Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Bagaimana mengatasi syarikat-syarikat gergasi

December 2011 | Servcorp

Sepanjang 10 tahun yang lalu, syarikat-syarikat gergasi telah kehilangan banyak kelebihan yang mereka pernah miliki dan ini kian memudahkan perniagaan-perniagaan kecil menyaingi mereka.

Internet bukanlah sahaja telah mengubah cara-cara orang ramai mencari, membeli dan menerima barang-barangan tetapi juga membuka jalan kepada pasaran-pasaran yang luas.

Justeru itu, perniagaan-perniagaan kecil mempunyai keupayaan untuk bersaing.  Dengan kos permulaan yang rendah, wujudnya perkhidmatan luaran dan pengkomputeran awan, perniagaan-perniaga kecil menikmati peluang persaingan yang lebih adil bahkan mereka mempunyai kelebihan di beberapa aspek tertentu.

Bagaimanakah perniagaan anda dapat mengatasi syarikat-syarikat utama ? Berikut adalah lima cadangan:

1. Gunakan pengkomputeran awan

Lima tahun yang lalu, sebuah syarikat multinasional mungkin perlu membelanjakan sebanyak $5 juta untuk membina suatu infrastruktur, tetapi dengan hari ini, perniagaan anda mampu memilikinya dengan bayaran yang amat rendah.

Pengkomputeran awan telah mengenepikan pelaburan modal pendahuluan yang besar dalam perisian dan infrastruktur melalui kaedah pembayaran bayar-dan-guna.

Perniagaan-perniagaan kecil kini mampu mendapatkan hampir kesemua peralatan dan program komputer untuk menjalankan perniagaan mereka dengan kos yang amat rendah antaranya program kerjasama dan pengurusan perhubungan pelanggan, sistem telefon PBX serta penyimpanan dokumen dan emel yang banyak,.

Sebaliknya perniagaan-perniagaan besar terikat dengan “hutang teknikal' iaitu pelaburan besar dalam jumlah kakitangan nan besar serta sistem rumit yang amat membebankan syarikat-syarikat besar.

Anda boleh mengatasi pesaing syarikat-syarikat besar dengan menggunakan pengkomputeran awan untuk memperolehi kemudahan yang sama dengan syarikat-syarikat besar pada kos yang jauh lebih rendah.


2. Menambah kebijaksanaan anda

Persaingan antara perniagaan besar dan kecil selalunya berkisar sekitar wang dan kecerdasan. Sekiranya pesaing anda memiliki kedua-duanya, maka anda akan ditimpa masalah. Namun begitu, seperti kebanyakan kes lain anda akan berupaya menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk memperolehi sebanyak (atau lebih) kelebihan yang mungkin daripada daripada alatan sedia ada seperti syarikat-syarikat besar.

Penentu utama kejayaan ialah menembusi pasaran dengan produk yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Apabila anda memiliki produk tersebut, langkah seterusnya ialah memperkenalkan produk ini kepada pelanggan-pelanggan.

Penggunaan jentera pencarian menerusi internet kian meningkat dan ia telah menjadikan medan persaingan lebih terbuka dan  adil. Dulu, syarikat-syarikat perlu membelanjakan beratus ribu dollar untuk kempen-kempen pengiklanan.  Tetapi dengan adanya laman Google dan laman aggregator (umpamanya iSelect), pengiklanan yang kos rendah pun mampu menjadi amat berkesan.

Perniagaan-peniagaan kecil dinasihatkan supaya mengunakan SEO, kempen AdWord untuk menonjolkan produk-produk mereka.

3. Pilihlah kawasan pegangan anda

Di samping terikat dengan infrastruktur, perniagaan besar turut memberi tumpuan kepada kawasan geografi yang tertentu.

Tewaskan mereka dengan menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang mereka tidak masuki. Ini bermakna menggunakan pengkomputeran awan untuk mencari pasaran yang seluas mungkin.  Akan tetapi ia juga bermakna menumpukan perhatian anda terhadap usaha-usaha meneroka pasaran-pasaran baru atau khusus yang kerap kali terlepas pandang oleh pesaing anda.

Ingatlah bahawa jika perniagaan anda mampu berjimat, produk anda seringkali akan mampu mengaut keuntungan di mana pesaing-pesaing anda yang lain tidak mampu melakukannya.

4. Khidmat luaran

Untuk memastikan kos yang rendah, cubalah menggunakan khidmat luaran seberapa banyak yang mungkin. Penggunaan pejabat maya dan pejabat perkhidmatan dengan kemudahan seperti bilik mesyuarat, komunikasi dan kesetiausahaan, gunalah laman seperti Elance untuk penyelidikan pasaran atau pengkomputeran awan untuk keperluan komputer anda.

Tiada sebab pengagihan dan lojistik anda tidak secepat seperti pemain utama, oleh itu, pastikan mekanisme penghantaran anda adalah setanding dengan mereka.

Banyak perniagaan yang berjaya menemui kegagalan apabila mereka cuba berkembang.  Khidmat luaran dapat memastikan kos anda sentiasa rendah dan mengelakkan penggupahan pekerja berlebihan sebelum masa yang sesuai.

5. Kesimpulan

Kini, pengkomputeran awan sedang mengubah medan persaingan perniagaan-perniagaan besar dan kecil. Organisasi besar dan konglomerat perlu menyesuaikan diri sekiranya mereka ingin memiliki kelebihan ini. Namun begitu, banyak juga yang tidak mengikut.

Sebaliknya SMEs yang kecil dan inovatif telah meningkat  persaingan mereka dengan perniagaan besar terutamanya dalam industri-industri runcit dan barangan pengguna.

Walaupun perubahan ini semakin meningkat, tetapi ia bukan satu kebiasaan lagi.  Oleh sebab itu, anda perlu pastikan bahawa  perniagaan kecil anda sentiasa bersedia  untuk menghadapi cabaran ini.

Marcus Moufarrige adalah Ketua Pegawai Perhubungan dan Pengarah Jualan di Servcorp yang merupakan sebuah syarikat global yang menawarkan kemudahan pejabat-pejabat perkhidmatan dan maya. Marcus telah bekerja bersama-sama dengan  ribuan SMEs di seluruh dunia dan membantu mereka bertapak di pasaran antarabangsa di London, ke Dubai hingga ke Beijing. www.servcorp.com.my