Servcorp memulakan operasi lokasi kedua di Chicago! - Berita & Artikel | Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Servcorp memulakan operasi lokasi kedua di Chicago!

May 2010 | Servcorp

Servcorp semakin berkembang di Amerika Syarikat dengan lokasi kedua dalam masa tiga bulan! 300 North LaSalle yang baru dibina adalah satu daripada ikon seni bina yang tertinggi di Chicago. Ruang niaga Servcorp akan menyediakan Pejabat Khidmat dan Maya premier.

Terletak di antara kejiranan River North Chicago dan kawasan Chicago Loop yang berprestij, 300 North LaSalle merupakan lokasi yang sesuai untuk perniagaan dan gaya hidup. Memaparkan pemandangan memukau Chicago River dan latar langitnya, plaza taman kawasan dermaga disinari mentari yang menggamit perasaan, 300 North LaSalle adalah alamat untuk pemimpin perniagaan yang baru bertapak dan juga yang telah mantap.

Jennifer Goodwyn, Pengurus Besar Servcorp Amerika Syarikat mengulas: “Kami dapat mencapai kemajuan yang besar dalam pasaran AS kami yang pesat berkembang! Ruang niaga 300 North LaSalle yang baru akan menyediakan Pejabat Khidmat dan Maya yang terbaik kepada pelbagai peringkat klien. Kami benar-benar gembira dengan penawaran penyelesaian IT dan komunikasi Servcorp yang hebat, serta perkhidmatan lima bintang yang terkenal di dunia untuk kejiranan River North Chicago. Kami berhasrat memberikan suatu landasan kepada perniagaan kecil, sederhana mahupun besar untuk mencapai rangkaian global Servcorp yang luas!”

Di kelilingi oleh pelbagai kemudahan perniagaan dan gaya hidup yang hebat, 300 North LaSalle menawarkan pusat kecergasan, medan letak kereta bawah tanah, perkhidmatan perbankan dalam bangunan serta barisan kedai butik, restoran dan hotel yang berdekatan di seluruh kawasan River North. Lokasi yang sesuai ini juga menawarkan laluan pejalan kaki terus ke kereta api Chicago Transit Authority (CTA) untuk menuju ke lapangan terbang Chicago dan juga setiap ceruk bandar.

300 North LaSalle Street
Suite 4925 49th floor
Chicago IL 60654
USA