Servcorp terus maju di Hong Kong! - Berita & Artikel | Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Servcorp terus maju di Hong Kong!

May 2010 | Servcorp

Servcorp memulakan operasinya di lokasi terbaru yang terletak di Hong Kong Club Building yang utama. Tahap prasarana perkhidmatan, IT dan komunikasi kelas pertama Servcorp amat sesuai di lokasi Hong Kong yang ikonik ini. Sebagai kelab terkenal yang dahulunya untuk ahli sahaja, Hong Kong Club Building kekal menjadi simbol sejarah penjajahan British di masa lalu, dan telah direka bentuk semula dan diperbaharui oleh arkitek terkenal Australia iaitu Harry Seidler.

Terletak sesuai di tengah-tengah kawasan kewangan dan perniagaan Hong Kong yang eksklusif, Hong Kong Club Building megah berdiri berlatarkan pemandangan pelabuhan dan bandar raya yang menarik, serta amat dekat dengan pusat beli-belah yang dinamik, hotel dan restoran Hong Kong Central, manakala MTR Central Station boleh ditujui dengan hanya berjalan kaki. Di aras 9 ruang niaga Servcorp, klien boleh menikmati perkhidmatan yang lebih berkualiti dengan bilangan Pejabat Khidmat eksklusif yang tidak banyak serta kemudahan dan prasarana Pejabat Maya yang cukup banyak.

Wilma Wu, Pengurus Besar Servcorp Hong Kong mengulas: “Hong Kong Club Building adalah lokasi yang sangat cantik dan pilihan yang sesuai bagi Servcorp! Hong Kong Club Building adalah satu daripada alamat pusat bandar raya yang paling berprestij untuk mana-mana perniagaan, terletak bertentangan dengan Majlis Perundangan Hong Kong dan Chater Garden yang ikonik! Seluruh pasukan amat gembira dengan pengembangan kita yang berterusan dan iltizam untuk menawarkan pejabat khidmat dan maya yang terbaik di Hong Kong.”

Unit 901 Level 9
The Hong Kong Club Building
3A Chater Road
Central Hong Kong China