Servcorp dengan beraninya memasuki pasaran AS! - Berita & Artikel | Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Servcorp dengan beraninya memasuki pasaran AS!

March 2010 | Servcorp

Servcorp telah memasuki pasaran AS buat julung-julung kalinya! Lokasi AS yang pertama adalah bangunan 155 North Wacker yang amat dicari-cari, di ‘Chicago Loop’ yang terkenal, iaitu sebuah kawasan perniagaan pusat bandar raya ini. Sebagai bandar strategik utama untuk Servcorp dan bandar ketiga terbesar di AS, Chicago adalah kawasan metropolitan yang ke-26 terbesar di dunia dan merupakan pusat global utama untuk perniagaan dan kewangan antarabangsa. Pengembangan Servcorp ke dalam pasaran AS juga akan menyokong AS sewaktu pemulihan ekonomi ini, memandangkan ia mengambil pekerja dan melabur dalam ahli pasukan Amerika.

155 North Wacker adalah satu daripada bangunan pencakar langit yang terbaru di Chicago, dibina oleh Goettsch Partners and The John Buck Company, sebuah pasukan memenangi anugerah yang terkenal kerana beberapa bangunan paling ikonik di Loop. Ruang niaga tingkat 42 Servcorp menampilkan kemasan kaca dari lantai ke siling, dengan pemandangan Lake Michigan dan latar langit Chicago yang memukau.

Jennifer Goodwyn, Pengurus Besar AS mengulas: "Kami telah memasuki pasaran AS dengan bergaya, yang mana lokasi pertama Servcorp adalah di 155 North Wacker! Saya yakin bahawa kami akan memahat nama kami sebagai penyedia pejabat khidmat dan maya yang terbaik dalam pasaran, apabila kami memperkenalkan prasarana IT dan komunikasi kami yang tiada tandingannya, serta memberikan rangkaian pejabat global yang luas kepada perniagaan besar mahupun kecil! Kami membolehkan klien membawa perniagaan mereka ke arena antarabangsa dengan cara yang cekap dan berkesan.”

Terletak berdekatan dengan kemudahan bank, perniagaan, kewangan dan gaya hidup yang utama, 155 North Wacker terletak dalam kejiranan elit peruncitan atasan, hotel butik dan tempat makan malam yang mewah. Lokasi 155 North Wacker Servcorp teletak sesuai di sudut timur laut North Wacker Drive dan Randolph Street, cuma beberapa minit dari perkhidmatan pengangkutan kereta api Chicago Transit Authority (CTA), Metra, kereta api bawah tanah dan bas.

155 North Wacker Drive
42nd Floor
Chicago, IL 60606
USA