Servcorp memperkenalkan Pejabat Maya ke Kowloon, Hong Kong! - Berita & Artikel| Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Servcorp memperkenalkan Pejabat Maya ke Kowloon, Hong Kong!

March 2010 | Servcorp

Servcorp, penyedia Pejabat Khidmat dan Maya yang terbaik di dunia bakal tiba di Kowloon! Bakal dibuka pada bulan April, Servcorp akan bertempat di bangunan mercu tanda One Peking, di tengah-tengah wilayah Tsimshatsui Kowloon, satu kawasan perniagaan dan perdagangan utama yang terletak di tanah besar China. Servcorp akan menjadi penyedia pakej pejabat maya yang terulung di Hong Kong.

One Peking menetapkan tanda aras bagi seni bina dan gaya, terkenal kerana reka bentuknya yang unik seperti kapal layar. Menampilkan pemandangan panoramik Victoria Harbour dan latar langit bandar raya yang memukau, One Peking adalah bahagian penting bagi kawasan Tsimshatsui. Ruang niaga aras 12 Servcorp akan menyediakan prasarana IT dan Komunikasi tersendiri dari Servcorp untuk perniagaan, dan capaian ke rangkaian lokasi Pejabat Khidmat dan Maya global yang luas dan berkembang pesat.

“Kami gembira dapat memperkenalkan perkhidmatan pejabat maya di Kowloon buat julung-julung kalinya! Servcorp Virtual Office® akan membolehkan klien menjalankan perniagaan mereka dari rumah atau dari lokasi lain, tanpa kos umum yang berkaitan dari pejabat sebenar. Rangkaian kami yang berkembang pesat juga akan menyediakan perkhidmatan selanjar dan kemudahan cekap kepada perniagaan dalam pasaran ini untuk menjayakan perniagaan mereka". Wilma Wu, Pengurus Besar Servcorp Hong Kong mengulas.

Lokasi One Peking Servcorp juga merupakan tempat kedai butik atasan dan pilihan tempat makan malam mewah di tingkat atas bangunan. One Peking terletak cuma lima minit berjalan dari laluan pengangkutan mudah melalui Tsimshatsui MTR Station, manakala China Ferry Terminal menawarkan perkhidmatan kerap ke Macau, Zhuhai, Dougguan, Shekou Shenzhen dan sehingga 15 destinasi di sekitara kawasan Macau dan bandar raya Pearl River Delta. Victoria Harbour pula cuma beberapa minit jaraknya dari Star Ferry yang terkenal di dunia, boleh diambil dari terminal Star Ferry, hanya beberapa minit berjalan ke One Peking.

One Peking sejauh 5 minit perjalanan dengan teksi ke Kowloon Airport Express Station, dan hanya 20 minit dengan kereta api ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong; klien Servcorp juga boleh mengambil Perkhidmatan Bas Terus dari Kowloon ke Lapangan Terbang Shenzhen.

Unit 1202, Level 12,
1 Peking Road,
Tsimshatsui, Kowloon
Hong Kong, China