Servcorp Onefone – Berita & Artikel Servcorp

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

BERITA & ARTIKEL

Baca berita dan siaran akhbar Servcorp terkini.

Servcorp Onefone - Satu nombor, Satu bil dan Satu Telefon

November 2009 | Servcorp

Servcorp ingin mengumumkan pelancaran peralatan IT dan perhubungan paling canggih yang direka khas untuk membantu anda menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan lagi. Servcorp Onefone menawarkan anda kemampuan untuk terus berhubung yang lebih baik walau di manapun anda bertugas.

Servcorp Onefone adalah suatu alat teknologi VOIP yang mudah alih serta menjimatkan kos dengan menukarkan komputer anda kepada sebuah telefon. Ia membantu anda terus berhubung dengan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan anda tanpa gangguan, tanpa masalah serta kos tinggi  yang timbul bersama menggunakan kemudahan aliran antarabangsa telefon bimbit, bilangan nombor telefon yang banyak, ketidak-lancaran VOIP kerana penggunaan yang banyak serta kelewatan dalam penyampaian utusan suara.

Daya gerak: Anda boleh membuat panggilan kepada dan menerima panggilan daripada pelanggan anda supaya pelanggan anda ingat anda senantiasa berada dalam pejabat.
Kualiti: Hubungan rangkaian kami senantiasa utuh dan tidak dibelenggui masalah seperti gangguan talian serta keciciran penyampaian sepertimana dalam rangkaian-rangkaian jalur lebar.
Penjimatan: Nikmatilah panggilan yang lebih murah daripada harga yang dikenakan oleh pembekal-pembekal telekomunikasi tempatan.

Perkhidmatan terbaharu ini telah memperkayakan senarai kelengkapan IT dan perhubungan Servcorp supaya kami boleh membantu pelbagai syarikat supaya menjadi lebih berhasil dan berkesan.