Menara Citibank | Pejabat Perkhidmatan. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

+60 3 2169 6188 MENARA CITIBANK
Pejabat Perkhidmatan

TEMPAH LAWATAN PEJABAT

Anda dijemput melawat kami di lokasi yang sesuai untuk anda

+603 2169 6188

TEMPAH LAWATAN

ANDA HANYA MEMPUNYAI
SATU PELUANG

UNTUK MENCERMINKAN
TANGGAPAN PERTAMA

Anda telah membuat keputusan bahawa anda memerlukan Pejabat Perkhidmatan, oleh itu perniagaan anda harus mempunyai yang terbaik.

Tingkatkan kredibiliti dan pendapatan anda pada kos yang minima sahaja.

Menara Citibank, terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Ampang, beberapa meter jarak berjalan kaki dari stesen LRT Ampang Park yang menyediakan akses mudah Pautan Lapangan Terbang dan kawasan bandar yang lain. Ia adalah berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas dan mempunyai pelbagai pilihan tempat penginapan seperti pangsapuri mewah dan hotel untuk eksekutif perniagaan. Di aras 36, kawasan resepsi yang diperbuat daripada batu granit tersergam indah di kawasan hadapan beserta pemandangan yang membuahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mana-mana pelawat. Selain pemandangan yang hebat, bilik lembaga, bilik mesyuarat, ruang istirehat eksekutif dan pantri yang eksklusif  membuat lokasi ini antara pejabat perkhidmatan terbaik di Kuala Lumpur.

Citibank Bhd merupakan penyewa utama; dan penyewa lain merupakan pemain utama dalam Industri Minyak dan Gas yang menjadikan lokasi ini sesuai untuk pelbagai perniagaan.

KEUNIKAN SERVCORP ADALAH...

KEUNIKAN SERVCORP ADALAH... .

Syarikat-syarikat yang berjaya memilih perkhidmatan solusi pejabat yang mampu membekalkan kelebihan dari segi fleksibiliti, terkawal, berkewibawaan serta berwajah korporat yang mampu menyakinkan para pelanggan anda.
Pejabat Perkhidmatan Servcorp memiliki kesemua kelebihan tersebut. Kelengkapan dan kemudahan kami yang menjadi penentu taraf industri ini membolehkan anda memaparkan imej perniagaan nan profesional.  Kami juga mampu membantu anda mengurangkan perbelanjaan perniagaan, memastikan perbelanjaan permulaan perniagaan yang paling rendah serta mampu memulakan urusan perniagaan dangan serta merta agar menaikkan peluang kejayaan perniagaan anda. Rangkaian Servcorp yang merangkumi seluruh dunia akan membantu perniagaan anda menembusi mana-mana pasaran pilihan anda.

PENAMPILAN
WATAK KAMI .

  • Bijak lagi mesra
  • Terlatih
  • Berpengetahuan dalam bidang I.T.
  • Berkemampuan dalam berbilang bahasa – para kakitangan Servcorp seluruh dunia mampu bertutur  lebih daripada 40 jenis bahasa
  • Sedia memberi pelbagai bantuan daripada menaipkan data kepada membuat catatan serta penterjemahan untuk mesyuarat-mesyuarat anda
  • Kami sedia membantu menjayakan perniagaan anda


TEKNOLOGI .

Teknologi yang dibekalkan oleh Pejabat Perkhidmatan Servcorp adalah yang terunggul di dunia. Hanya Servcorp yang memiliki rangkaian pejabat perkhidmatan yang merangkumi seluruh dunia ini membolehkan anda menikmati perkhidmatan nan berterusan dan tidak tergendala di mana-mana tempat serta di mana-mana negara. Apabila anda memilih untuk melanggani Servcorp, syarikat anda akan menikmati jalur rangkaian yang paling pantas dan selamat. Penggunaan rangkaian ini juga akan memberikan ketenangan kepada anda kerana rangkaian ini dikendalikan dengan baik oleh pasukan IT kami yang dianggotai lebih daripada 100 orang kakitangan.
TERUS MEMBACA

DAYA MUDAH
ALIH .

Falsafah kami bukanlan menyekat kebebasan anda dengan perjanjian-perjanjian jangka panjang tetapi menyediakan kemudahan-kemudahan yang memenuhi keperluan anda serta membantu anda berjaya. Kami memahami bahawa betapa pentingnya keupayaan memasuki pasaran dengan cepat, dan oleh itu kami sedia membekalkan anda keupayaan memasuki pasaran serta memulakan operasi dengan serta merta. Dengan melanggani pejabat-pejabat perkhidmatan Servcorp, anda boleh mengurangkan perbelanjaan perniagaan anda tanpa menjejaskan peluang kejayaan projek atau perniagaan baru anda. Risiko minima anda hanyalah sebulan sahaja.

.

BAGAIMANA UNTUK PERGI KE Menara Citibank

Level 36, Menara Citibank
165 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

  • +60 3 2169 6188
  • +60 3 2169 6168

LAPANGAN TERBANG:

28 minit dengan KLIA Express dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Terminal Sentral KL, transit ke LRT dan 15 minit untuk tiba di LRT Ampang Park atau 1 (satu) jam memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

KERETAPI:

LRT: 15 minit dari terminal KL Sentral

TEKSI:

20 minit melalui teksi dari Stesen Kuala Lumpur Sentral

PILIH LOKASI

Anda boleh menguruskan perniagaan dari Malaysia atau dari 155+ lokasi di seluruh dunia

Kembali ke atas »