Soalan-soalan lazim Pejabat Maya | Soalan-soalan Lazim | Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

SOALAN-SOALAN LAZIM

HUBUNGI KAMI

Kami sedia membantu mencari penyelesaian yang terbaik untuk pejabat perniagaan anda

HUBUNGI KAMI

Apakah itu Pejabat Maya Servorp?

Pejabat Maya Servcorp mampu memberikan segala kemudahan sebuah pejabat tanpa sebuah tapak pejabat.  Anda boleh memilih untuk bekerja di rumah atau di mana-mana sahaja dan dapat menikmati perkhidmantan pakar-pakar profesional, kemudahan serta infrastruktur seperti  sebuah syarikat multinasional tanpa perlu menanggung perbelanjaan nan setimpal.  Sebuah Pejabat Maya Servcorp akan membantu  anda mengurangkan perbelanjaan anda termasuk sewa, penggajian dan latihan  pekerja-pekerja serta pembelian alat-alat teknologi yang berkenaan. Pilihlah pakej yang paling sesuai dengan keperluan dan perbelanjaan anda.   Anda boleh membuat pilihan daripada pelbagai pakej kami yang merangkumi penyediaan alamat, tempat mesyuarat atau perkhidmatan komunikasi atau ketiga sekali mengikut keperluan perniaganan anda.

Bagaimanakah Pejabat Maya membolehkan saya bekerja dari rumah?

Besarlah manfaat Pejabat Maya Servcorp kepada perniagaan anda seandainya anda berkerja di rumah ataupun di mana-mana sahaja.

Pejabat Maya merangkumi:

  • Satu alamat berprestij di salah satu daripada 155+ lokasi kami di seluruh dunia
  • Satu nombor telefon perniagaan tempatan
  • Seorang resepsionis yang diperuntukkan khas kepada anda  untuk menguruskan semua panggilan untuk  anda di lokasi pilihan anda
  • Penggunaan bilik-bilik lembaga, mesyuarat dan pejabat harian di seluruh dunia walaupun untuk selama 10 minit atau sepanjang hari
  • Sistem tempahan online yang segera demi memastikan tempahan yang mudah, cepat dan terjamin

Berapakah kos untuk membiayai sebuah Pejabat Maya? Adakah apa-apa kos tersirat?

Tiada kos-kos tersirat.  Anda cuma perlu menanggung satu kos tetap iaitu yuran keahlian bulanan Pejabat Maya. Untuk mendapat perkhidmatan tambahan Servcorp, bayaran tambahan mengikut penggunaan akan dikenakan. Anda hanya perlu membayar apa yang anda guna sahaja.

Bagaimanakah saya menjadi ahli Pejabat Maya?

Anda tidak akan percaya betapa mudahnya untuk menyertai Revolusi Pejabat Maya.  Anda cuma perlu memilih daripada pakej-pakej yang sedia ada dan lokasi pilihan anda dengan memasukan maklumat kad kredit anda dan anda boleh beroperasi dalam masa kurang daripada 5 minit!  Secara alternatif, anda juga boleh hubungi kami untuk maklumat lanjutnya.

Berapa lamakah komitmen saya terhadap kontrak Pejabat Maya?

Satu bulan.  Pejabat Maya Servcorp adalah komitmen bulanan tanpa sebarang kontrak jangka panjang dan tiada deposit jaminan sekiranya anda membayar dengan kad kredit.