Soalan-soalan Lazim | Soalan-soalan Lazim | Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

SOALAN-SOALAN LAZIM

HUBUNGI KAMI

Kami sedia membantu mencari penyelesaian yang terbaik untuk pejabat perniagaan anda

HUBUNGI KAMI

Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh Servcorp?

Servcorp menyediakan Pejabat-pejabat Perkhidmatan dan Pejabat-pejabat Maya. Tambahan lagi, sebagai pelanggan Servcorp, anda juga boleh menikmati kemudahan berikut:

  • Perkhidmatan serta sokongan daripada pasukan pejabat kami yang professional dan bermotivasi yang penggajian bukanlah tanggungan syarikat anda
  • Membolehkan alamat perniagaan yang berprestij dicetak atas kad nama, surat-surat rasmi dan bahan-bahan promosi anda
  • Kemudahan bilik-bilik lembaga dan mesyuarat yang anggun, lengkap and berperingkat dunia
  • Infrastruktur teknologi Informasi dan telekomunikasi yang tercanggih

Bolehkah Servcorp menyediakan seorang resepsionis untuk menjawab panggilan saya atas nama syarikat saya?

Ya. Pilihlah Pakej Komunikasi atau Pakej Pejabat Maya. Resepsionis kami akan menjawab panggilan anda dengan segera atas nama syarikat anda menurut arahan-arahan anda.

Resepsionis kami yang terlatih dilengkapi dengan alat-alat komunikasi yang tercanggih dalam pasaran. Talian anda tidak akan dibiarkan berdering tanpa dijawab. Semua komunikasi anda akan dikendalikan secara profesional dan kesulitannya dijamin tanpa sebarang persilapan. Semua panggilan untuk anda akan disambungkan ke rumah, pejabat, telefon bimbit atau mana-mana sahaja di seluruh dunia.  Anda boleh memilih cara-cara untuk menerima pesanan-pesanan anda.

Saya ingin mengembangkan perniagaan saya ke bandar-bandar baru. Bagaimanakah Servcorp boleh membantu saya?

Tatkala anda menyertai rangkaian sejagat pejabat-pejabat Perkhidmatan atau Pejabat-pejabat Maya Servcorp, kami akan membantu anda memgembangkan perniagaan anda ke bandar-bandar yang Servcop bertapak. Bersama Servcorp, syarikat anda mampu menandingi taraf kehadiran syarikat-syarikat multinasional tanpa tanggungan perbelanjaan nan setimpal.  Kami akan membantu anda bertapak di bandar pilihan anda sekaligus membolehkan anda beroperasi dalam sekelip mata! Tambahan pula, sekiranya anda adalah  pelanggan pejabat perkhidmatan Servcorp, anda dapat menguji potensi di lokasi berlainan dalam rangkaian Servcorp dengan keahlian Pejabat Maya selama 2 bulan secara percuma (kos penggunaan yang standard akan dicaj)

Apakah itu Servcorp Online?

Seperti yang disediakan untuk pelangan Servcorp, Servcorp Online khas membolehkan anda:

  • Menguruskan pengalihan panggilan, menjawab panggilan dan mengendalikan pesanan dalam talian secara langsung
  • Menempah bilik-bilik mesyuarat, bilik-bilik lembaga, kemudahan dan sumber-sumber dengan segera
  • Mengurus dan menukar tempahan menerusi talian internet secara langsung
  • Mengurus perkhidmatan perniagaan anda, menempah perkhidmatan kurier, alat tulis dan perkhidmatan penterjemahan
  • Muat turun dan merujuk invois-invois anda pada bila-bila masa sahaja

Siapakah yang saya hubungi sekiranya saya memerlukan maklumat selanjutnya?

Klik Hubungi Kami dan Pengurus Servcorp akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.

Sekiranya saya berminat untuk menyertai Servcorp, bagaimanakah saya boleh memohon?

Servcorp mempunyai satu budaya butik yang unik yang dihayati oleh semua pejabatnya di seluruh dunia.  Kami adalah sebuah organisasi yang berjenama baik, dinamik dengan memiliki pasukan tenaga kerja yang terpilih. Sekiranya anda berminat untuk menyertai pasukan Servcorp, sila hantarkan emel ke jobadvertisement@servcorp.com.au.