Soalan-soalan Lazim Servcorp: Bantuan, Jawapan & Soalan-soalan Lazim. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

SOALAN-SOALAN LAZIM

HUBUNGI KAMI

Kami mengalu-alukan  membantu anda mencari penyelesaian yang terbaik untuk pejabat perniagaan anda

HUBUNGI KAMI

Soalan-soalan lazim Pejabat Perkhidmatan

Apakah itu Pejabat Perkhidmatan Servcorp?

Sebagai pelanggan Servcorp, senarai perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Perkhidmatan anda merangkumi:

  • Suite pejabat yang lengkap
  • Peruntukkan seorang resepsionis khas
  • Perkhidmatan kesetiausahaan dan pembantu peribadi yang mampu berurus dalam berbilang bahasa
  • Bilik-bilik lembaga, bilik-bilik mesyuarat dan bilik-bilik suite yang lengkapan
  • Peralatan informasi teknologi dan komunikasi tercanggih, termasuk Servcorp Online
  • Ruang tetamu yang unggul  dengan pemandangan yang mempesonakan
  • Dapur reka bentuk terkini yang dilengkapi dengan peti sejuk berisi penuh dan mesin kopi

Di manakah terletaknya Pejabat-pejabat Perkhidmatan Servcorp?

Australia:  Perth, Melbourne, Canberra, Hobart, Adelaide, Brisbane, Sydney

New Zealand:  Auckland, Wellington

Jepun:  Fukuoka, Yokohama, Nagoya, Tokyo, Osaka

Asia:  Hyderabad, Beijing, Manila, Chengdu, Hangzhou, Shanghai, Singapura, Mumbai, Bangkok, Kuala Lumpur, Hong Kong, Malaysia, Filipina

Timur Tengah:  Abu Dhabi, Bandar Kuwait, Beirut, Riyadh, Istanbul, Jeddah, Manama, Al-Khobar-Dammam, Doha, Dubai

Eropah:  Paris, London, Brussels

Amerika Syarikat:  Washington DC, Miami, Philadelphia, San Francisco, Boston, Atlanta, Tysons Corner, New York, Dallas, Irvine, Los Angeles, Houston, Chicago

Bagaimanakah saya atur satu lawatan ke Pejabat-pejabat perkhidmatan anda?

Kami percaya bahawa untuk benar-benar mengenali Servcorp, anda perlu melawat pejabat kami. Sila atur temujanji dan kami akan aturkan satu lawatan untuk anda di pejabat kami yang berdekatan.

Berapakah bilangan orang yang boleh ditempatkan dalam satu pejabat Servcorp?

Pejabat Perkhidmatan anda mampu memuatkan seramai sepuluh orang dalam keadaan yang selesa dan ini membolehkan penanggungan perbelanjaan yang paling cermat lagi berkesan.

Berapa lamakah tempoh perikatan satu kontrak Pejabat Perkhidmatan?

Tempoh kontrak Servcorp mimima adalah satu bulan.

SOALAN-SOALAN LAZIM PEJABAT MAYA

Apakah itu Pejabat Maya Servorp?

Pejabat Maya Servcorp mampu memberikan segala kemudahan sebuah pejabat tanpa sebuah tapak pejabat.  Anda boleh memilih untuk bekerja di rumah atau di mana-mana sahaja dan dapat menikmati perkhidmantan pakar-pakar profesional, kemudahan serta infrastruktur seperti  sebuah syarikat multinasional tanpa perlu menanggung perbelanjaan nan setimpal.  Sebuah Pejabat Maya Servcorp akan membantu  anda mengurangkan perbelanjaan anda termasuk sewa, penggajian dan latihan  pekerja-pekerja serta pembelian alat-alat teknologi yang berkenaan. Pilihlah pakej yang paling sesuai dengan keperluan dan perbelanjaan anda.   Anda boleh membuat pilihan daripada pelbagai pakej kami yang merangkumi penyediaan alamat, tempat mesyuarat atau perkhidmatan komunikasi atau ketiga sekali mengikut keperluan perniaganan anda.

Bagaimanakah Pejabat Maya membolehkan saya bekerja dari rumah?

Besarlah manfaat Pejabat Maya Servcorp kepada perniagaan anda seandainya anda berkerja di rumah ataupun di mana-mana sahaja.

Pejabat Maya merangkumi:

  • Satu alamat berprestij di salah satu daripada 155+ lokasi kami di seluruh dunia
  • Satu nombor telefon perniagaan tempatan
  • Seorang resepsionis yang diperuntukkan khas kepada anda  untuk menguruskan semua panggilan untuk  anda di lokasi pilihan anda
  • Penggunaan bilik-bilik lembaga, mesyuarat dan pejabat harian di seluruh dunia walaupun untuk selama 10 minit atau sepanjang hari
  • Sistem tempahan online yang segera demi memastikan tempahan yang mudah, cepat dan terjamin

Berapakah kos untuk membiayai sebuah Pejabat Maya? Adakah apa-apa kos tersirat?

Tiada kos-kos tersirat.  Anda cuma perlu menanggung satu kos tetap iaitu yuran keahlian bulanan Pejabat Maya. Untuk mendapat perkhidmatan tambahan Servcorp, bayaran tambahan mengikut penggunaan akan dikenakan. Anda hanya perlu membayar apa yang anda guna sahaja.

Bagaimanakah saya menjadi ahli Pejabat Maya?

Anda tidak akan percaya betapa mudahnya untuk menyertai Revolusi Pejabat Maya.  Anda cuma perlu memilih daripada pakej-pakej yang sedia ada dan lokasi pilihan anda dengan memasukan maklumat kad kredit anda dan anda boleh beroperasi dalam masa kurang daripada 5 minit!  Secara alternatif, anda juga boleh hubungi kami untuk maklumat lanjutnya.

Berapa lamakah komitmen saya terhadap kontrak Pejabat Maya?

Satu bulan.  Pejabat Maya Servcorp adalah komitmen bulanan tanpa sebarang kontrak jangka panjang dan tiada deposit jaminan sekiranya anda membayar dengan kad kredit.

Soalan-soalan lazim

Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh Servcorp?

Servcorp menyediakan Pejabat-pejabat Perkhidmatan dan Pejabat-pejabat Maya. Tambahan lagi, sebagai pelanggan Servcorp, anda juga boleh menikmati kemudahan berikut:

  • Perkhidmatan serta sokongan daripada pasukan pejabat kami yang professional dan bermotivasi yang penggajian bukanlah tanggungan syarikat anda
  • Membolehkan alamat perniagaan yang berprestij dicetak atas kad nama, surat-surat rasmi dan bahan-bahan promosi anda
  • Kemudahan bilik-bilik lembaga dan mesyuarat yang anggun, lengkap and berperingkat dunia
  • Infrastruktur teknologi Informasi dan telekomunikasi yang tercanggih

Bolehkah Servcorp menyediakan seorang resepsionis untuk menjawab panggilan saya atas nama syarikat saya?

Ya. Pilihlah Pakej Komunikasi atau Pakej Pejabat Maya. Resepsionis kami akan menjawab panggilan anda dengan segera atas nama syarikat anda menurut arahan-arahan anda.

Resepsionis kami yang terlatih dilengkapi dengan alat-alat komunikasi yang tercanggih dalam pasaran. Talian anda tidak akan dibiarkan berdering tanpa dijawab. Semua komunikasi anda akan dikendalikan secara profesional dan kesulitannya dijamin tanpa sebarang persilapan. Semua panggilan untuk anda akan disambungkan ke rumah, pejabat, telefon bimbit atau mana-mana sahaja di seluruh dunia.  Anda boleh memilih cara-cara untuk menerima pesanan-pesanan anda.

Saya ingin mengembangkan perniagaan saya ke bandar-bandar baru. Bagaimanakah Servcorp boleh membantu saya?

Tatkala anda menyertai rangkaian sejagat pejabat-pejabat Perkhidmatan atau Pejabat-pejabat Maya Servcorp, kami akan membantu anda memgembangkan perniagaan anda ke bandar-bandar yang Servcop bertapak. Bersama Servcorp, syarikat anda mampu menandingi taraf kehadiran syarikat-syarikat multinasional tanpa tanggungan perbelanjaan nan setimpal.  Kami akan membantu anda bertapak di bandar pilihan anda sekaligus membolehkan anda beroperasi dalam sekelip mata! Tambahan pula, sekiranya anda adalah  pelanggan pejabat perkhidmatan Servcorp, anda dapat menguji potensi di lokasi berlainan dalam rangkaian Servcorp dengan keahlian Pejabat Maya selama 2 bulan secara percuma (kos penggunaan yang standard akan dicaj)

Apakah itu Servcorp Online?

Seperti yang disediakan untuk pelangan Servcorp, Servcorp Online khas membolehkan anda:

  • Menguruskan pengalihan panggilan, menjawab panggilan dan mengendalikan pesanan dalam talian secara langsung
  • Menempah bilik-bilik mesyuarat, bilik-bilik lembaga, kemudahan dan sumber-sumber dengan segera
  • Mengurus dan menukar tempahan menerusi talian internet secara langsung
  • Mengurus perkhidmatan perniagaan anda, menempah perkhidmatan kurier, alat tulis dan perkhidmatan penterjemahan
  • Muat turun dan merujuk invois-invois anda pada bila-bila masa sahaja

Siapakah yang saya hubungi sekiranya saya memerlukan maklumat selanjutnya?

Klik Hubungi Kami dan Pengurus Servcorp akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.

Sekiranya saya berminat untuk menyertai Servcorp, bagaimanakah saya boleh memohon?

Servcorp mempunyai satu budaya butik yang unik yang dihayati oleh semua pejabatnya di seluruh dunia.  Kami adalah sebuah organisasi yang berjenama baik, dinamik dengan memiliki pasukan tenaga kerja yang terpilih. Sekiranya anda berminat untuk menyertai pasukan Servcorp, sila hantarkan emel ke jobadvertisement@servcorp.com.au.