Sejarah | Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

MENGENAI
KAMI

HUBUNGI KAMI

Kami sedia membantu anda mencari penyelesaian pejabat yang terbaik untuk perniagaan anda

HUBUNGI KAMI

Tatapilah sejarah Servcorp yang dimulakan secara kecil-kecilan oleh seorang usahawan sehingga berjaya menjadi sebuah syarikat yang berangkai dunia.

    Alf Moufarrige menubuhkan Servcorp pada tahun 1978
    Servcorp mempelopori konsep Pejabat Maya pada tahun 1980
    Servcorp mengembang ke Singapura dan kemudiannya ke seluruh Asia Tenggara, Perancis dan Jepun
    Servcorp telah disenaraikan di Pasaran Saham Australia (SRV) pada tahun 1999
    Pelancaran Servcorp Online
    Pengembangan global yang berterusan


Alf Moufarrige adalah seorang usahawan yang ingin memulakan suatu perniagaan baru dalam tahun 1976 dan seperti semua syarikat baru, beliau memerlukan sebuah pejabat, seorang penyambut tetamu dan perkhidmataan kesetiausahaan.
Beliau menyedari bahawa perbelanjaan overhed memang menghakis keuntungannya dan tambahan pula,  beliau juga tidak dapat memastikan kaki tangannya bekerja 100% sepanjang masa.  Beliau berharap untuk berkongsi ruang pejabat, resepsionis dan setiausaha supaya dapat pengurangan kos-kos overhednya.

Maka bermulanya ikhtiar untuk menubuhkan Servcorp!

Sebagai permulaan, beliau telah melakarkan susunan perabut di suatu ruang pejabat di pelusok MLC Centre Sydney dalam tahun 1978. Ikhtiar ini mula menjadi hakikat, terus bertapak dan berkembang maju. Setelah beliau berjaya mendapatkan pelanggan untuk satu ruang pejabat, beliau menambahkan sebuah lagi dan ruang yang diduduki oleh Servcorp telah bertambah kepada satu per empat tingkat yang menampung 16 buah pejabat.

Dengan minat dan semangat yang membara, beliau yang amat jelas mengenai wawasannya mengenai kejayaan formula Pejabat perkhidmatan yang berasaskan kemudahan pejabat untuk ramai penyewa mula mengasaskan Servcorp. Formulanya amat senang difahami sehingga is boleh diterangkan sepenuhnya menerusi lakaran di atas sehelai sampul surat.

Servcorp telah berjaya berkembang kepda memiliki dua tingkat di MLC Centre Sydney dan sebuah lagi pejabat di  Melbourne CBD dalam tempoh 12 bulan. Sehingga hari ini, formula "Mengapa Servcorp berjaya" tidak berubah - sediakan perkhidmatan di lokasi bandar raya yang terbaik; wujudkan satu suasana yang profesional dengan kemudahan teknologi yang tercanggih serta dan sokongan bermutu daripada pasukan Servcorp.
Pejabat Perkhidmatan Servcorp merupakan pilihan yang amat sesuai bagi sebuah syarikat yang ingin menikmati kehadiran serta infrastruktur dan sokongan yang dimiliki oleh sesebuah syarikat multinasional tanpa memerlukan pelaburan modal dan komitmen yang biasa diperlukan.  Alf amat komited untuk menyediakan kemudahan pejabat yang paling cermat supaya pelanggan-pelanggannya oleh menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap menjayakan perniagaan mereka tanpa perlu bimbang mengenai pengurusan pejabat mereka.

Alf menyedari peningkatan permintaan daripada golongan masyarakat yang berniaga daripada rumah sendiri supaya mempunyai suatu tapak  kehadiran di bandar yang kos efektif. Oleh itu, Alf telah memulakan “Pejabat Maya” yang pertama di dunia pada tahun 1980.
Pejabat Maya Servcorp membolehkan –perniagaan-perniagaan kecil menikmati kemudahan-kemudahan dan sokongan sebuah pejabat perkhidmatan tanpa perlu membiayai sebuah pejabat sepenuh masa.

Sepanjang tahun-tahun berikutnya, Servcorp telah berkembang ke Singapura, Perancis, Jepun dan Asia Tenggara, dan diikuti dengan Belgium, Asia Tengah, China, India dan New Zealand. Pada tahun 1999, Servcorp telah disenaraikan di Pasaran Saham Australia (SRV). Formula tersebut telah dikekal sama selama 31 tahun di mana perhatiannya sentiasa tertumpu kepada matlamat-matlamat yang sama iaitu:  membantu pelanggan-pelanggan kami menjimatkan masa dan wang.  Servcorp telah menjadi satu rangkaian global yang terus berkembang.

Servcorp kini bertapak di rangkaian-rangkaian perniagaan utama yang tertumpu dan sedia menawarkan perkhidmatan yang membolehkan para pelanggan kami menikmati tahap keuntungan tertinggi serta keupayaan menjalankan urus niaga di seluruh dunia pada setiap ketika!