Inisiatif Hijau | Servcorp Malaysia. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

MENGENAI
KAMI

HUBUNGI KAMI

Kami sedia membantu anda mencari penyelesaian pejabat yang terbaik untuk perniagaan anda

HUBUNGI KAMI

Servcorp menyedari betapa seriusnya perubahan iklim serta gejala peningkatan gas-gas rumah hijau terhadap bumi kita. Kini, permintaan dan tekanan ke atas syarikat-syarikat supaya menggelakkan pencemaran lagi alam sekitar kian meningkat.

Projek Pejabat-pejabat Hijau (“Green Offices Project”) merupakan inisiatif sejagat kami untuk mengurangkan kemudaratan ke atas alam sekitar akibat kegiatan perniagaan kami..

Salah satu kegiatan Pejabat-pejabat Hijau Servcorp adalah ikrar Servcorp menanam sepohon pokok untuk setiap Pejabat Maya yang dijual secara melalui laman web Servcorp. Pejabat Maya memang bersifat mesra alam dan akan terus menjadi peneraju utama di sebalik Projek Pejabat-pejabat Hijau.

Projek ini bertujuan mengurangkan penghasilan karbon, mengimbangi amalan harian dan mendidik pasukan-pasukan serta para pelanggan kami mengenai pelbagai kaedah baru yang boleh membantu memperbaiki mutu alam sekitar.Perhatian kami tertumpu kepada tiga bidang iaitu Mengurangkan, Mengimbangi dan Mendidik.

Servcorp telah menanam lebih daripada 20,029 pohon pokok.  'Hutan Servcorp' kini meliputi kawasan seluas 100,000 meter persegi dan ini telah melebihi ruang lantai rangkaian pejabat kami seluruh dunia.

Hutan Servcorp dijangka akan mengurangkan lebih daripada 3701 ton karbon dioksida daripada atmosfera sepanjang hayatnya. Kesan pengurangan ini bersamaan dengan akibat mengeluarkan 994 buah kereta daripada jalan raya untuk jangka setahun serta menyingkirkan gas-gas rumah hijau yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Sydney kami selama lima tahun!

Untuk keterangan lanjut sila lawati:

Laman web Pejabat-pejabat Hijau Servcorp di (http://www,greenofficesproject.net)