Khidmat Komuniti | Servcorp. Owned by Amalthea Nominees (M) Sdn Bhd 401558-D

  • Pejabat Perkhidmatan 03 2117 5100
  • Pejabat Maya 03 2117 5200
  • Ruang Istirahat Eksekutif 03 2117 5200

MENGENAI
KAMI

HUBUNGI KAMI

Kami sedia membantu anda mencari penyelesaian pejabat yang terbaik untuk perniagaan anda

HUBUNGI KAMI

Fokus khidmat komuniti Servcorp ialah untuk memberi sokongan dan bantuan berupa penyelidikan berterusan di dalam aspek pencegahan dan rawatan kanser. Ia juga bertujuan untuk membantu warga komuniti yang muda, sakit serius dan tenat.

Servcorp mengadakan majlis kebajikan and acara amal, penjualan barangan dan kempen menderma sepanjang tahun di semua lokasi.  Setiap ringgit yang dikumpulkan oleh pasukan-pasukan kami akan disokong dengan jumlah yang sama oleh Servcorp.  Pada tahun ini, organisasi-organisasi berikut yang telah diberikan sokongan penuh daripada kami:

Kelab Rotari Sydney

Youngcare

Penyelidikan Kanser MRC

Dry July

MS Society

Majlis Kanser

Hospital St Vincent - Sydney

Hospital Mater

Yayasan Kanser Payu Dara

MAKNA - Majlis Kanser KL

Hospis Assisi - Singapura

Yayasan Tyler - Jepun

Hakikat Memupuk Kepercayaan - Hong Kong

Servcorp juga menyumbang kepada banyak badan kebajikan seluruh dunia.

Di Australia, Youngcare terus menjadi fokus kutipan derma kami. Untuk keterangan selanjutnya, sila lawatilah  laman web kami di www.youngcare.com.au.  Taine Moufarrige telah dilantik sebagai Pengarah organisasi ini pada bulan Jun 2009.
    
Kami amat berbangga dengan kenyataan bahawa sebagai sebuah syarikat global, kami telah bekerjasama dengan komuniti-komuniti tempatan untuk membawa perubahan positif yang nyata.  Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami dan mereka yang telah menyumbang kepada kempen derma kami sepanjang tahun.

Servcorp juga menaja and menyokong Dewan Orkestra dan Galeri Seni Australia di NSW.